> SBPI Rawang: Januari 2014

Jumaat, 31 Januari 2014

Bantuan Khas Awal Persekolahan (BKAP1M)





 29 Januari 2014, Sejajar dengan usaha kerajaan meringankan beban perbelanjaan persekolahan awal tahun yang ditanggung oleh ibubapa, pihak Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang telah menyempurnakan pengagihan BKAP1M.

Selasa, 28 Januari 2014

Majlis Pelancaran NILAM 2014


Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan satu usaha Kementerian        Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid   dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cintakan budaya membaca   dan budaya ilmu.
Objektif utama Program Nilam  ialah :
  1. Membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan murid.
  2. Menggalakkan sekolah  untuk terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.
  3. Melahirkan semangat kerjasama di antara semua warga Sepintar untuk menjadikan Program Nilam sebagai satu program yang unggul dan gemilang    
Adalah diharapkan Program Pelancaran NILAM Peringkat Sekolah 2014 ini dapat dilaksanakan dengan penuh jayanya dan mendapat sokongan daripada pihak pentadbir, para guru, staf sokongan dan para murid sendiri. Semoga dengan menyertai aktiviti-aktiviti sokongan yang dijalankan, para murid akan sedar akan kepentingan budaya membaca yang dapat menjana pemikiran

Ahad, 26 Januari 2014

Majlis Konsultasi Akademik T5 kali-1 2014

 25 Januari 2014, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang telah mengadakan Majlis Konsultasi Akademik kali pertama untuk tahun ini di Dewan Al-Aqsa. Tumpuan konsultasi pada kali ini lebih kepada pelajar tingkatan 5 yang berada dalam kelompok 'The Challenged Group'. Tn Hj Addenan Osman telah menyampaikan ucapan kepada semua yang hadir serta menjelaskan hala tuju program diadakan. Sambutan kehadiran ibubapa amat menggalakkan dan diharapkan dengan usaha ini pencapaian akademik serta sahsiah pelajar berada pada tahap yang optima. Pihak SEPINTAR mengucapkan terima kasih kepada semua hadirin yang telah hadir.

Jumaat, 24 Januari 2014

Jemputan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang Kali ke - 12

Persatuan Ibubapa dan Guru SBP Integrasi Rawang akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan pada 4 Februari 2014. Sehubungan dengan itu semua ibubapa dijemput hadir menghadiri mesyuarat ini. Sila rujuk pautan di bawah untuk mendapatkan surat mesyuarat dan borang usul.


Khamis, 16 Januari 2014

Ceramah Maulidur Rasul

 14 Januari 2014, Sempena Sambutan Maulidur Rasul pada hari ini, SEPINTAR telah menganjurkan ceramah bertempat di Masjid Al-Qadisiah dengan menjemput Tn Hj Mohd Farid bin Dawam, Pensyarah Politeknik Sultan Idris Shah. Pengisian yang diadakan diharapkan akan lebih mendekatkan diri dan menjadi seorang yang bertakwa.

Isnin, 13 Januari 2014

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Lembaga Kepimpinan Pelajar 2014

 13 Januari 2014, Di dalam Islam, kepimpinan merupakan satu amanah yang mesti ditunaikan dengan sebaiknya. Ia bukanlah sesuatu yang menandakan kemuliaan seseorang tetapi ia adalah tanggungjawab. Justeru kepimpinan tidak sewajarnya direbut dan dikejar kerana ia boleh membawa kepada kehancuran sekiranya jawatan kepimpinan tersebut menjadi punca pengumpul harta kekayaan dan mendapatkan nama serta kedudukan. Sekolah merupakan tempat yang paling sesuai dalam melatih pelajar kearah menjadi pemimpin yang amanah dan berwibawa. SEPINTAR pada hari ini telah mengadakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Lembaga Kepimpinan Pelajar 2014 sebagai pengiktirafan sebagai orang yang memikul amanah dan tanggungjawab membantu pihak sekolah. Majl;is telah disempurnakan dengan kehadiran Insp. Farouq Fakhzan Mohd Nordin, Pegawai Ibupejabat Polis Daerah Gombak.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP