> SBPI Rawang: Kejayaan Pasukan SEPINTAR di Kejohanan Memanah MSS Selangor 2014

Ahad, 23 Februari 2014

Kejayaan Pasukan SEPINTAR di Kejohanan Memanah MSS Selangor 2014



Sememangnya kejuaraan ini  adalah milik Ainul Mardiyah Roslan Hakim setelah  beliau memberikan pertarungan yang sangat sengit dan mendebarkan dalam Kejohanan Memanah MSSS di SMS Hulu Selangor yang telah berlangsung selama 5 hari bermula  17 Februari -21 Februari  2014
Syabas Ainul!!

  Seramai 8 orang pemanah SEPINTAR dalam pelbagai kategori telah mewakili daerah Gombak dalam  kejohanan  ini. Ada 9 daerah yang  bertanding dalam kejohanan ini  menjadikan seramai 126 orang pemanah kesemuanya. Setiap pemanah perlu melepaskan sebanyak 144 batang anak panah untuk melengkapkan 4 jarak panahan yang berbeza untuk setiap kategori.   Selain itu pemanah juga berpeluang untuk menyertai pusingan olimpik secara individu dan berkumpulan. Alhamdulillah, semua pemanah SEPINTAR layak untuk menyertai pusingan Olimpik Individu. Hanya 32 orang pemanah terbaik setiap kategori layak untuk bertanding dalam pusingan olimpik ini. Pemanah-pemanah SEPINTAR telah memberikan persaingan yang sangat sengit dalam kesemua kategori pertandingan. Pada kejohanan ini SEPINTAR telah berjaya membawa pulang 2 pingat emas, 4 pingat perak dan 11 pingat gangsa menjadikan jumlah kesemua pingat adalah 17 buah.

2 orang guru Memanah SEPINTAR telah dilantik oleh  Daerah Gombak sebagai Jurulatih Daerah. Puan Rosila Amat Kamari adalah Jurulatih Daerah Gombak bagi kategori Perempuan Bawah 15 Tahun. Manakala Cik Azlina Abdullah adalah Jurulatih daerah Gombak bagi kategori Perempuan Bawah 18 Tahun. Cik Azlina juga  merupakan  Hakim pertandingan memanah semasa Kejohanan Memanah MSSD Gombak tempohari.

Pasukan Memanah SEPINTAR  dilatih di bawah Kelab HAFA Archery di bawah bimbingan Puan Faridah Osman dan Encik Muhammad Hazwan bin Abdul Hamid.

Kategori  Bawah 18Tahun Lelaki
1.       NUR EZAIDI BIN AHMAD JAILANI ….selaku Ketua Pasukan
·         Tempat ke4 Olimpik berpasukan
·         Tempat ke4 berkumpulan
2.       MUHAMMAD NAJMI BIN RISDAN
·         Tempat ke4 Olimpik berpasukan
·         Tempat ke4 berkumpulan

Kategori  Bawah 18Tahun Perempuan
1         PUTERI EZREEN SYARIHAH BT MEGAT OSMAN
·         Tempat ke3 Olimpik berpasukan
·         Tempat ke3 berkumpulan

     2.      AFIFA NUR ATIKA BT ABDUL GHANI AZIZI
·         Tempat ke3 Olimpik berpasukan
·         Tempat ke3 berkumpulan
  
Kategori  Bawah 15Tahun Lelaki
     1,     MUHAMMAD NABIL BIN OTHMAN
                      •       Johan Olimpik berpasukan
                     •        Tempat ke2 berkumpulan

Kategori  Bawah 15Tahun Perempuan
1.       NURRIZATUL NAJWA BT  MUHAMMAD SALIHIN
·         Tempat ke2 Olimpik berpasukan
·         Tempat ke3 berkumpulan

2         WAN SOFIYA BT WAN AZHAR
·         Tempat ke2 Olimpik berpasukan
·         Tempat ke3 berkumpulan

3         AINUL MARDIYAH BT ROSLAN HAKIM
·         Tempat ke2 Olimpik berpasukan
·         Tempat ke3 berkumpulan
·         Johan Pusingan Olimpik Individu

Adalah diharapkan Sukan Memanah, sukan yang diunjurkan oleh Nabi kita selain berkuda dan berenang  terus bersinar dan mekar di SEPINTAR.  Doakan kejayaan di Kejohanan Memanah SBP  yang akan berlangsung pada April  ini di SMS Teluk Intan dan  juga kejohanan Memanah  Dalam Dewan Terbuka UnisZa di Terengganu pada Mac nanti. Mohon doa  agar pemanah-pemanah SEPINTAR akan dapat meraih kejayaaan lagi dan lagi dan lagi..
Majulah Sukan Memanah untuk SEPINTAR

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP