> SBPI Rawang: Perhimpunan Bulanan Kakitangan Awam Bil 1/2014 peringkat sekolah

Sabtu, 8 Februari 2014

Perhimpunan Bulanan Kakitangan Awam Bil 1/2014 peringkat sekolah

Perhimpunan Bulanan Kakitangan Awam Bil 1/2014 peringkat sekolah telah diadakan pada 7 hb Februari 2014 bersamaan hari Jumaat jam 2.45 petang bertempat di Bilik Seminar SBPI Rawang. Perhimpunan melibatkan semua guru dan anggota sokongan. Bidang Sains dan Matematik telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan dan mengurus perjalanan acara yang pertama kali diadakan di SEPINTAR. Majlis melibatkan nyanyian lagu Negaraku, ikrar perkhidmatan awam, bacaan doa, laporan aktiviti bulanan oleh guru kanan mata pelajaran dan amanat  pengetua serta penyampaian hadiah dan sumbangan. Majlis diakhiri dengan jamuan ringan pada jam 4.30 petang. Perhimpunan bulan Februari akan dikendalikan oleh bidang bahasa.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP