> SBPI Rawang: Perlawanan Persahabatan The Dribblers menentang Pasukan 4S

Isnin, 24 Februari 2014

Perlawanan Persahabatan The Dribblers menentang Pasukan 4S

 20 Februari 2014, Pasukan Bola Sepak SEPINTAR, The Dribblers telah menjalani perlawanan persahabatan bertempat di SMK Sultan Sulaiman Shah, Bestari Jaya. Walaupun pasukan SEPINTAR yang tiba sedikit lewat dari jadual berikutan masalah pengangkutan namun itu tidak menghalang pasukan The Dribblers mempamerkan permainan yang baik. Kedua-dua pasukan B-15 dan B-18 SEPINTAR berjaya menewaskan Pasukan 4S. Perlawanan ini diharapkan akan meningkatkan moral dan keyakinan pemain.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP