> SBPI Rawang: Program Rintis Huffaz Profesional SEPINTAR

Sabtu, 1 Februari 2014

Program Rintis Huffaz Profesional SEPINTAR




 Kelas Tahfiz Al-Quran dibawah Program Rintis Huffaz Profesional telah berjaya dilaksanakan bermula pada minggu kedua bulan Januari yang lalu bagi murid-murid tingkatan dua dan akan dilaksanakan pada awal bulan Februari bagi murid-murid tingkatan satu. Dengan kewujudan kelas Rintis Huffaz Profesional akan mewujudkan suasana cintakan al-Quran  dalam kalangan murid-murid sekaligus melahirkan generasi yang memiliki akhlak dengan acuan al-Quran. Murid-murid ini akan dibimbing dengan tenaga pengajar yang berpotensi dan berpengalaman didalam bidang Al-Quran. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan padu dari semua pihak terutamanya para ibu bapa dan semua warga SEPINTAR.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP