> SBPI Rawang: Mac 2014

Selasa, 11 Mac 2014

Majlis Pelancaran "Verbal Enhancement Programme for International Languages"

 10 Mac 2013, Majlis pelancaran program ini telah diadakan di Dewan Al-Aqsa dan dirasmikan oleh Tn Hj Addenan Osman, Pengetua SEPINTAR. Program yang akan berjalan sepanjang tahun ini antara lain bermatlamat untuk membudayakan penggunaan bahasa antarabangsa di kalangan murid-murid SEPINTAR. Bahasa-bahasa yang terlibat di dalam program ini adalah Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Jepun, Bahasa Perancis dan Bahasa Cina. Majlis pelancaran ini turut diselitkan dengan persembahan pelajar serta klip video.

Selasa, 4 Mac 2014

Solat Sunat Istisqa di Dataran Raudhah

 Istisqa’ dalam bahasa artinya meminta hujan, yaitu berdo’a kepada Allah meminta diturunkan hujan di saat terjadinya musim peceklik atau kemarau panjang. Maka pada saat itu disunahkan melaksanakan shalat istisqa dua raka’at.
عَنْ عَبَّادِ بْنِ تَمِيمٍ عَنْ عَمِّهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ بِالنَّاسِ يَسْتَسْقِي فَصَلَّى بِهِمْ رَكْعَتَيْنِ جَهَرَ بِالْقِرَاءَةِ فِيهَا وَحَوَّلَ رِدَاءَهُ وَرَفَعَ يَدَيْهِ وَاسْتَسْقَى وَاسْتَقْبَلَ الْقِبْلَةَ (رواه الشيخان)

Daripada ‘Abbad bin Tamim dari pamannya, ia berkata: Nabi saw keluar untuk mengerjakan solat Istisqa’. Beliau sholat dua raka’at, mengeraskan bacaan dalam kedua raka’at, merobah selendangnya dan mengangkat kedua tangannya, berdo’a memohon hujan dan menghadap kiblat (HR Bukhari Muslim)
Pada 3 Mac 2014 yang lepas, semua warga SEPINTAR telah berkumpul untuk menunaikan solat Istisqa' di Dataran Raudhah, SEPINTAR.




Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP