> SBPI Rawang: April 2014

Selasa, 29 April 2014

Kejohanan Memanah SBP Kebangsaan




SEPINTAR Juara Olimpik Round Individu Lelaki.

Kejohanan Memanah SBP Kebangsaan bermula 23 - 26 April 2014 di SMS Teluk Intan.
Antara Kejayaan yang dicapai ialah, Nur Ezaidi bin Ahmad Jailani juara Olimpik Round Individu Lelaki, Tempat ke-3 Jarak 70M
Tempat ke-3 Olimpik Round Berkumpulan perempuan dan tempat ke-3 Berkumpulan Perempuan Keseluruhan.

Sepintar telah melakar nama di persada Memanah SBP

Isnin, 21 April 2014

Tarikh Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Pelancaran Program Huffaz

SEPINTAR akan mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Pelancaran Program Huffaz seperti ketetapan berikut.

Jumaat, 18 April 2014

Sesi Temuduga Pengambilan ke Al-Madinah International University



 15 April 2014, Sesi temuduga terbuka untuk pengambilan ke Al Madinah International University telah berlangsung di Bilik Mesyuarat SBPI Rawang. Program ini adalah dalam kerangka jalinan SEPINTAR dan MEDIU, singkatan universiti itu. Seramai 6 orang pelajar lepasan SEPINTAR iaitu calon SPM 2013 telah mengikuti sesi temuduga dan kesemua mereka ditawarkan biasiswa untuk pengajian Foundation Degree in Arabic Language and Islamic Knowledge di MEDIU mulai 24 April 2014. Sesi temuduga ini diuruskan oleh Unit Kaunseling SEPINTAR. Kerjasama berterusan untuk membangunkan modal insan khasnya Pendidikan Kerjaya akan dibuat dengan MEDIU. Tahniah kepada yang berjaya.

Rabu, 9 April 2014

TEMUDUGA TERBUKA UNTUK BIASISWA FOUNDATION DEGREE IN ARABIC LANGUAGE AND ISLAMIC KNOWLEDGE

Tuan/Puan,

Dengan hormat, Yayasan Madinah yang mengurus selia Universiti Islam Antarabangsa Madinah yang berpusat di Shah Alam Selangor berminat menawarkan biasiswa kepada lepasan SPM yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan Pengajian Islam di peringkat asasi (Foundation Degree). Di samping itu mereka juga berminat membuat pengambilan pelajar untuk mengikuti program diploma tertentu.


Sehubungan itu, satu temuduga terbuka akan diadakan di SBPI Rawang seperti butir-butir berikut:

Tarikh      :  16 April 2014
Masa        :   8.00 pagi - 12.00  tengahari
Tempat    : Bilik Mesyuarat


Murid yang berminat dikehendaki membawa salinan IC, gambar berukuran passport, dan sijil akademik/koko dan berpakaian rasmi.

War-warkan kepada anak-anak didik tuan/puan.

ESA ABD SAMAD, KB, PA
Kaunselor SBPI Rawang
Bandar Tasik Puteri
48020 Rawang

Ahad, 6 April 2014

Hari Sukan Tahunan SEPINTAR 2014

 5 April 2014, SEPINTAR telah berjaya menganjurkan Hari Sukan Tahunan bertempat di Stadium Kuala Selangor. Perasmian telah disempurnakan oleh Pn Hjh Hazizah bt Hj Kassim, Yang Dipertua PIBG SEPINTAR. Pelbagai acara telah diadakan di balapan dan semua peserta telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang program belangsung. Rumah Biru telah diumumkan sebagai Juara Keseluruhan pada tahun ini. 

Sabtu, 5 April 2014

Perhimpunan Bulanan Kakitangan Awam bil 3/2014 Peringkat Sekolah

 4 April 2014, Bidang Teknik dan Vokasional telah diberi kepercayaan untuk menjadi urusetia Perhimpunan Awam 3 yang diadakan bertempat di Sidang Al Jabar. Pelbagai input dan pengisian telah disampaikan pada perhimpunan kali ini dan hadiah harijadi kepada warga SEPINTAR yang hari lahirnya jatuh pada bulan 3 telah turut disampaikan oleh Tn Hj Addenan Osman, Pengetua SEPINTAR.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP