> SBPI Rawang: Mei 2014

Khamis, 29 Mei 2014

Sambutan Hari Guru SEPINTAR 2014

 27 Mei 2014, Guru-guru SEPINTAR telah diraikan dalam satu majlis yang nampak ringkas namun meriah iaitu sambutan Hari Guru bertempat di Dewan Al-Aqsa. Tema yang telah dipilih pada tahun ini adalah Floral. Pelbagai persembahan telah disajikan untuk memeriahkan majlis yang telah diadakan ini. Perasmian majlis telah disempurnakan oleh Tn Hj Kamilen memandangkan Tn Pengetua menghadiri Mesyuarat Pengetua       di Terengganu. Tahniah diucapkan kepada jawatankuasa pengelola yang telah menganjurkan majlis ini. 

Rabu, 28 Mei 2014

Sambutan Kepulangan Pasukan RnD di 'The 6th Edition of EUROINVENT'

 26 Mei 2014, Pasukan RnD yang baru sahaja pulang dari menyertai 'The 6th Edition of EUROINVENT' di Romania telah diberi kejutan sambutan pelajar dan guru SEPINTAR. Pasukan ini yang berada di Lasi, Romania dari 21-25 Mei 2014 telah berjaya menggondol 2 Gold Award dan 1 Special Award WIIPA. Tahniah dan syabas.

Khamis, 22 Mei 2014

Pemantauan Jemaah Nazir Jaminan Kualiti Baiah (New Deals)


 20 Mei 2014, SEPINTAR telah menerima kunjungan Pegawai-pegawai dari Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti untuk pengurniaan Baiah. Untuk rekod, SEPINTAR telah 3 kali menerima Baiah pada tahun-tahun lepas. Terima kasih kepada semua pegawai yang telah meluangkan masa berkunjung ke SEPINTAR dan semoga persediaan rapi dari pihak sekolah mendapat pengiktirafan sewajarnya. Insyaallah.

Isnin, 12 Mei 2014

Majlis Hi-Tea Perdana Amal 2014

SEPINTAR sebagai sebuah Sekolah Berprestasi Tinggi, sentiasa berusaha untuk menambah baik prasarana sekolah dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai lepasan SPM yang jitu dan mampan peribadi dan intelektual. Atas usaha itu, pihak sekolah telah bercadang untuk membina sebuah "Learning Centre" kearah mencapai objektif tersebut. "Learning Centre" yang akan didirikan ini akan dilengkapi dengan pelbagai kemudaha pembelajaran serta peralatan ICT bertujuan mengatasi masalah kekurangan tempat belajar selepas kelas persediaan.

Dalam usaha untuk mengumpul dana bagi pembinaan "Learning Centre" tersebut, pihak PIBG dan kerjasama AIRA(Alumni SBPI Rawang) akan menganjurkan satu majlis Hi Tea Perdana Amal dalam usaha untuk mengumpul dana bagi pembinaan "Learning Centre" tersebut pada

  • Tarikh : 15 Jun 2014 (Ahad)
  • Lokasi : Dewan Al Aqsa, SBPI Rawang
  • Masa : 2.00 - 5.00 petang
  • Penampilan istimewa : Kumpulan Raihan
  • Harga semeja : RM2000 [Gold, 8 kerusi], RM1000 [Silver, 10 kerusi]
  • Percuma iklan 1/2 mukasurat dalam buku program HiTAS 2014 dengan pembelian Meja Gold.

Sumbangan ikhlas tuan/puan amatlah dihargai dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pengarah Program di talian, En Sufian - 016-4751160.

Ahad, 11 Mei 2014

LADAP Peningkatan Profesionalisme Guru SBT Kohort 4 Siri 2

 9 Mei 2014, Semua warga pendidik SEPINTAR telah mengikuti siri LADAP yang diadakan di Bilik Mesyuarat SEPINTAR. LADAP pada kali ini yang dikendalikan oleh En Amir dan Pn Azila merupakan hasil dari kursus yang telah diikuti oleh mereka pada bulan lepas. Siri ini lebih menekankan kepada kemahiran penggunaan komponen ICT dalam memantapkan PdP.

Makluman Program Kecemerlangan Kurikulum Tingkatan 3 dan 5


Sila rujuk fail yang dilampirkan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Program Kecemerlangan Kurikulum Perkampungan Ilmu Perdana 2014.

Sabtu, 3 Mei 2014

Perhimpunan Bulanan Kakitangan Awam bil 4/2014 Peringkat Sekolah

 
 2 Mei 2014, Perhimpunan Bulanan pada kali ini dikelolakan oleh Bidang Kemanusiaan bertempat di Sidang Al Jabbar. Ucapan telah disampaikan oleh Tn Hj Addenan Osman dan Pn Hjh Sharipah Mariah. Di perhimpunan ini, hadiah telah disampaikan kepada guru dan kakitangan yang berkaitan.

Jumaat, 2 Mei 2014

Karnival ICT, Teknologi dan Alam Sekitar Sekolah Berprestasi Tinggi

 29-30 April 2014, SEPINTAR telah menghantar 2 pasukan untuk menyertai Karnival ICT peringkat kebangsaan yang telah diadakan di Pulau Tinggi, Johor. Kedua-dua pasukan ini telah menyertai Pertandingan Penyuntingan Video dan Pertandingan Fotografi. Karnival ini yang dikelolakan oleh SMK Sultan Ismail, Johor Bharu telah mendapat sambutan menggalakkan dari sekolah-sekolah SBT. Keputusan Pertandingan:

Penyuntingan Video
Peserta : Azman Fariez bin Mazlan dan Annor Basyir Baihaqi bin Anuzi
Tempat ke-2 Keseluruhan.

Fotografi
Peserta : Amir Aiman bin Zaidy dan Ahmad Zharif Adib bin Ridzwan
Tempat ke-2 Keseluruhan.

Syabas diucapkan kepada kedua-dua pasukan.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP