> SBPI Rawang: Program Pementoran SEPINTAR bersama SMK Seafield dlm Subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Jumaat, 22 Ogos 2014

Program Pementoran SEPINTAR bersama SMK Seafield dlm Subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

 21 Ogos 2014, SEPINTAR telah menerima kunjungan guru-guru dan pelajar untuk menjalankan Program Pementoran SEPINTAR bersama SMK Seafield dlm Subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. 

Guru muda SEPINTAR telah memberi bimbingan kpd pelajar SMK Seafield dlm menjawab kertas SPM Bahasa Melayu bertempat di bilik APD.Guru Muda Smk Seafield telah membimbing guru muda SEPINTAR dalam kemahiran menjawab Kertas Bahasa Inggeris SPM di Studio Aljabbar. Pembentangan profile sekolah kepda guru2 smk Seafield telah disampaikan oleh Pn. Khairul Afdza di Bilik mesyuarat dr jam 10.00 - 11.00 pagi. Perbincangan dua hala dijalankan antara guru2 SEPINTAR dan Seafield.Dapatan program:Pada awal sesi, guru muda Bahasa Inggeris SEPINTAR nampak takut-takut dan kurang yakin memberi pendapat semasa berinteraksi dgn guru muda Seafield dlm Bahasa Inggeris tetapi pada sesi ke-2, pelajar SEPINTAR sudah lebih yakin berinteraksi dlm Bahasa Inggeris dgn guru muda Seafield.Bagi Bahasa Melayu, guru muda SEPINTAR mendapat pujian dari guru dan guru muda Seafield kerana tampak yakin dan berkebolehan membimbing guru muda Seafield yg terdiri dari kaum Cina, India dan Melayu.Rumusan:Program ini berjaya mencapai matlamat. Guru muda SEPINTAR lebih yakin dalam penggunaan Bahasa Inggeris secara lisan. Guru muda Bahasa Melayu boleh menjadi pembimbing yg berkesan. Program berakhir jam 4.00 ptg dan Pn Hasimah, PK HEM SEPINTAR telah menyempurnakan majlis penutup.

Laporan : Mohd Zamri Abu Zarin

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP