> SBPI Rawang: Seminar Transformasi Kerjaya Pra SPM di Ambang Asuhan Jepun UM

Sabtu, 23 Ogos 2014

Seminar Transformasi Kerjaya Pra SPM di Ambang Asuhan Jepun UM

 23 Ogos 2014, Seramai 80 orang pelajar Tingkatan 5 SBPI Rawang telah mengikuti Seminar Transformasi Kerjaya Pra SPM di Ambang Asuhan Jepun UM. Mereka terdiri dpd pelajar aliran agama. Seminar ini bertujuan untuk membantu murid memilih bidang kerjaya sesuai selepas SPM dan menghadapi temuduga. Antara pengisian program ialah ceramah dpd Ambang Asuhan Jepun, Management Science University dan Dr Muhamad Sade Mohd Amin, Setiausaha Bahagian Kenenterian Keselamatan Negeri. Seminar ini dirasmikan penutupan oleh YDP PIBG Pn Hjh Hazizah Kasim.

Laporan : Cikgu Esa

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP