> SBPI Rawang: Oktober 2014

Jumaat, 31 Oktober 2014

Karnival Sukan Murid Tajaan KPM (Hari Pertama)

31 Oktober 2014, SEPINTAR yang telah dipilih untuk menjadi Tuan Rumah Karnival yang mengumpulkan semua murid-murid Tajaan memulakan hari pertama dengan sambutan peserta di lobi Masjid Al-Qadisiah. Semua peserta tiba mengikut jadual dan memberikan kerjasama yang baik.
Selepas selesai proses pendaftaran kontigen, semua peserta ditempatkan di Dewan Makan untuk taklimat berkaitan bagi memastikan kelancaran Karnival ini.

 Cabutan undi semua pasukan bertanding di Pertandingan Bahas Bahasa Melayu turut diadakan.
 Disebelah malam pula, acara pertama dimulakan iaitu pertandingan Bahas Bahasa Melayu yang diadakan di dua lokasi iaitu Bilik Seminar dan Pusat Sumber.

Majlis Mohon Restu Calon SPM SEPINTAR

 31 Oktober 2014, Majlis mohon restu telah diadakan di Dataran Raudhah melibatkan semua guru dan pelajar tingkatan 5. Majlis ini diharapkan dapat memberi semangat kepada calon-calon SPM dalam menghadapi peperiksaan yang akan tiba.

Ahad, 26 Oktober 2014

Majlis Graduasi dan Sirih Pulang ke Gagang kali ke-11, 2014

 25 Oktober 2014, Majlis yang diadakan di Intekma Resort & Convention Centre Shah Alam ini berjalan lancar dan mecapai objektif. Tetamu kehormat di majlis ini adalah Timbalan Pengarah BPSBPSK sendiri iaitu Tn. Hj. Md Kassim bin Md Noah. Beliau turut menyampaikan skrol kepada semua Graduan SEPINTAR. En Ibrahim Seddiqi bin Talib mewakili ibubapa menyampaikan ucapan dan menerima simbolik Sirih Pulang ke Gagang yang disampaikan oleh Tn Hj. Addenan bin Osman, Pengetua SEPINTAR. Di majlis ini juga, AIRA (Alumni Integrated Rawang) turut mengambil kesempatan mempersembahkan montaj pengenalan AIRA dan ucapan di sampaikan oleh Saudara Wan Najlin. Tahniah diucapkan kepada semua Graduan semoga ini akan menyuntik semangat dalam menghadapi Peperiksaan SPM yang akan datang.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP