> SBPI Rawang: Perjumpaan Pengetua dan Warden bersama Pengusaha Dewan Makan.

Sabtu, 18 Oktober 2014

Perjumpaan Pengetua dan Warden bersama Pengusaha Dewan Makan.

 18 Oktober 2014, Satu sesi perjumpaan telah diadakan bertempat di Dewan Makan SEPINTAR melibatkan Pengetua, PK HEM, Warden bersama Pengusaha dan Pekerja Dewan Makan. Tn Pengetua telah menekankan supaya Pihak Dewan Makan mematuhi Garis Panduan Pengendalian Dewan Makan serta tidah mengambil mudah aspek layanan, penyediaan dan penampilan di Dewan Makan. Beliau juga memohon supaya peningkatan dibuat dalam beberapa aspek terutamanya kebersihan, susunan dan kekemasan Dewan Makan. Perjumpaan ini berjalan lancar dan pihak sekolah mengharapkan hasil yang positif ke arah memberi perkhidmatan terbaik kepada pelajar. 

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP