> SBPI Rawang: Kursus Induksi Nuqaba' sesi 2015

Isnin, 10 November 2014

Kursus Induksi Nuqaba' sesi 2015

 7-9 November 2014, telah berlangsung Kursus Induksi Nuqaba' sesi 2015. Kursus yang dianjurkan oleh Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) ini diadakan sebagai persediaan para naqib dan naqibah mengendalikan usrah pada tahun hadapan disamping memberikan input-input penting dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab. Diharapkan kursus seumpama ini mampu memberi momentum yang lebih positif kepada para nuqaba' dalam menempa kecemerlangan duniawi dan ukhrawi.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP