> SBPI Rawang: Science Odyssey Pasca PT3

Isnin, 17 November 2014

Science Odyssey Pasca PT3

 4 November 2014,  Bidang Sains dan Matematik SEPINTAR telah menganjurkan program Science Odyssey yang melibatkan pelajar pelajar tingkatan 3 sebagai sebahagian program pasca PT3. Terdapat 5 acara yang dipertandingkan iaitu Sundial, Chemical garden, water rocket, straw bridge dan solar cooker. Terima kasih kepada guru guru yang terlibat,  pelajar pelajar tingkatan 4 yang bertindak sebagai fasilitator dan pembantu makmal yang menyediakan peralatan. Diharap program ini akan diteruskan lagi pada tahun hadapan dan melibatkan lebih ramai pelajar.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP