> SBPI Rawang: Disember 2014

Isnin, 15 Disember 2014

Dokumen dan Surat Persediaan Murid Sesi Persekolahan 2015

Sila muat turun fail yang berikut untuk persediaan murid memasuki sesi persekolahan 2015.



Dokumen untuk murid membawa komputer riba
Surat pemakluman pembukaan sekolah

Senarai buku kerja murid 2015

Senarai keperluan murid mengikut tingkatan

Kursus Professional Learning Community (PLC) dalam Pendidikan - Hari Ketiga

 14 Disember 2014, Kursus yang telah tiba ke hari terakhir berjalan mengikut jadual yang dirancang. Slot pagi diisi dengan perbincangan dan perkongsian sesi Team Teaching dan Lesson Study yang telah dijalankan oleh En Suhaimi dan Pn Azarina untuk matapelajaran Sejarah. Seterusnya, Tn Hj Addenan Osman, Pengetua SEPINTAR menyampaikan taklimat berkenaan Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) yang akan dijalankan di SEPINTAR pada tahun hadapan. Taklimat ini sedikit sebanyak memberi gambaran berkenaan TMUA kepada warga pendidik SEPINTAR. Sebagai penutup, slot rumusan program dan penyampaian hadiah dijalankan. Semoga program ini dapat memberi input yang berguna kepada semua peserta.

Ahad, 14 Disember 2014

Kursus Professional Learning Community (PLC) dalam Pendidikan - Hari Kedua

 13 Disember 2014, Hari kedua Kursus berjalan lancar dengan pelbagai aktiviti diadakan. Pada sebelah pagi Bengkel PLC diteruskan lagi dengan perbincangan dalam kumpulan. Sesi diteruskan  dengan ceramah tentang perkongsian pengalaman mengendalikan Team Teaching dan PLC di SMK Raja Muda Musa, Bestari Jaya oleh Pengetua sekolah berkenaan, Tuan Azmi bin Misran. Beliau adalah pengetua yang sangat berpengalaman luas dalam pendidikan dengan pengalaman mengajar selama 28 tahun di beberapa sekolah dan juga di Kementerian Pendidikan serta Jabatan Pendidikan, selain menulis beberapa buah buku dan modul. Beliau telah mempelopori pelaksanaan PLC di SMK Raja Muda Musa dan ternyata memberikan impak positif terhadap peningkatan prestasi murid dalam peperiksaan. Dalam menyampaikan perkongsian tentang PLC, beliau dibantu oleh Penolong Kanan 1, SMK Raja Muda Musa, En Abd Halim bin Omar.
    Pada sebelah petang dan malam, sesi diteruskan dengan pembentangan kumpulan berasaskan panitia-panitia akademik tentang rancangan dan proses pelaksanaan TLC di sekolah pada tahun hadapan. Selepas pembentangan, Pemudahcara Kursus PLC, En Mohd Zamri bin Abu Zarin dan Pengetua, memberikan ulasan-ulasan dan kritikan untuk penambahbaikan bersama para peserta kursus.

Sabtu, 13 Disember 2014

Kursus Professional Learning Community (PLC) dalam Pendidikan - Hari Pertama

  12 Disember 2014, Kursus yang diadakan bertempat di Institut Latihan Dakwah Selangor bermula pada hari ini dan mengumpulkan warga Pendidik SEPINTAR. Pada hari pertama kursus, dua Slot telah dilaksanakan sebagai pengisian program. Slot 1: Pembinaan Site VLE Frog dikendalikan oleh En Amir, Guru Penyelaras Bestari SEPINTAR manakala Slot 2: Pengenalan kepada PLC oleh En Zamri dan Ucapan Pembukaan oleh Tn Hj Addenan osman, Pengetua SEPINTAR.

Isnin, 8 Disember 2014

Temuduga Ambilan Tingkatan 1 Tahfiz Model Ulul Albab SEPINTAR

 1-4 Disember 2014, Proses temuduga untuk pengambilan pelajar Tingkatan 1 telah dijalankan dengan lancar di SEPINTAR. Selesai proses pendaftaran calon, semua calon telah menduduki Ujian Bertulis di Dewan Makan dalam tempoh 1 jam. Semasa calon-calon menduduki ujian bertulis ini, semua ibubapa dikumpulkan di Masjid Al-Qadisiah untuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh Tn Hj Addenan Osman, Pengetua SEPINTAR dan Tn Hj Kamilen Marzoki, Penolong Kanan SEPINTAR. Selepas sesi ujian bertulis, semua calon ditempatkan di bilik kuarantin sebagai persediaan untuk temuduga di bilik-bilik yang telah ditetapkan. Pihak SEPINTAR ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan temuduga ini dan berganding bahu dalam memastikan kelancaran proses temuduga yang telah dijalankan.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP