> SBPI Rawang: Januari 2015

Selasa, 27 Januari 2015

Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan 2015

 26 Januari 2015, Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan telah sempurna diadakan di Dewan Al-Aqsa SEPINTAR. Majlis ini merupakan majlis penuh simbolik pihak sekolah memberikan kuasa menjalankan tugas yang diamanahkan sepanjang tahun 2015.

Ahad, 25 Januari 2015

LADAP Kajian Tindakan dan Majlis Perpisahan En Sarudin Kundur

 24 Januari 2015, LADAP Kajian Tindakan telah diadakan di Bilik Seminar SEPINTAR dan melibatkan semua warga pendidik. Taklimat telah disampaikan oleh Pn Marlina dan Ustzh Khadijah menerangkan tentang format kajian tindakan. Kelab Guru dan Kakitangan turut mengambil kesempatan ini untuk meraikan En Sarudin Kundur, Ketua Pengawal keselamatan yang akan bersara pada 25 Januari 2015.

Rabu, 21 Januari 2015

Pendaftaran Unit Kokurikulum Murid Menggunakan Pelantar VLE-Frog

 21 Januari 2015, Kokurikulum merupakan salah satu komponen penting dalam melahirkan murid yang seimbang dari segi emosi dan rohani. Satu sesi pendaftaran Unit Kokurikulum telah diadakan bertempat di Dewan Al-Aqsa, SEPINTAR melibatkan semua unit yang ada. Guru-guru penasihat turut hadir dalam sesi ini bagi meninjau dan menyelaraskan unit masing-masing. Kelainan yang diperkenalkan pada tahun ini adalah semua unit dibekalkan dengan Chromebook untuk digunakan semasa proses pendaftaran. Site pendaftaran unit disediakan melalui VLE-Frog dan AJK Frog yang bertugas mengisi keahlian berada di kaunter yang telah ditetapkan. Proses pendaftaran berjalan lancar dan mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak. 

Pemeriksaan Premis bagi Tujuan Menghapuskan Bahaya Kebakaran

 21 Januari 2015, Langkah berjaga-jaga sebelum berlaku insiden yang tidak diingini merupakan salah satu komponen penting dalam keselamatan. Pagi ini, SEPINTAR menerima kunjungan dua orang pegawai Bomba dan Penyelamat dari Balai batu Arang iaitu En. Asri dan En. Anwar untuk tujuan pemeriksaan premis di bawah Akta Perkhidmatan Bomba 1988. Mereka telah membuat tinjauan dan mengambil data kawasan persekitaran sekolah yang bertujuan menghapuskan bahaya kebakaran di SEPINTAR. Mereka turut memberi tunjuk ajar dan langkah-langkah dalam memastikan keselamatan di sekolah. Mereka diiringi En Amir dan En Azizi.

Selasa, 20 Januari 2015

Makluman Balik Bermalam dan Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan 2015

International Networking Programme : Jakjeon High School Korea

 20 Januari 2015, SEPINTAR telah menerima kunjungan guru dan pelajar dari Jakjeon High School untuk program jaringan antarabangsa. Taklimat telah diadakan di Bilik Mesyuarat SEPINTAR dengan sesi taklimat dan soal jawab. Pada sesi ini juga kedua-dua sekolah tuan rumah dan pelawat telah sama-sama menyanyikan lagu sekolah masing-masing sebagai tanda persahabatan. Slot seterusnya diadakan di Bilik Seminar yang dikendalikan olen En Zamri berkenaan dengan 'PLC Teaching English' memperkenalkan permainan tradisional melayu iaitu congkak. Di Bilik Seni pula peserta didedahkan dengan sesi mencanting batik dan peserta telah diberi peluang merasai sendiri pengalaman mencanting batik menggunakan kit yang dibekalkan. Program ini diharapkan dapat meningkatkan keyakinan diri murid SEPINTAR khasnya dan seterusnya membina watak yang positif di dalam diri.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP