> SBPI Rawang: Program Cabaran Interaktif Pengguna

Jumaat, 27 Februari 2015

Program Cabaran Interaktif Pengguna


 26 Februari 2015, SEPINTAR telah menghantar empat orang wakil bagi menyertai program yang diadakan di Nur laman Bestari, Hutan Lipur Sg.Tua, Jln Ulu Yam.
Cabaran Interakftif Pengguna (CIP) merupakan program tahunan anjuran Kemententerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Objektif program ini adalah untuk mendidik, menyebarluas program/ aktiviti kepenggunaan dan meningkatkan kesedaran kepenggunaan di kalangan pelajar melalui pendekatan baharu yang bersepadu. Selain itu dapat memantapkan perlaksanaan program/aktiviti kepenggunaan dengan focus utama berkaitan kepenggunaan iaitu pengurusan kewangan berhemat, pemakanan sihat dan pemeliharaan alam sekitar.
Dengan aktiviti ini pelajar Sepintar dapat mengembangkan daya kreativiti, inovasi dan potensi diri pelajar khususnya dalam aspek-aspek berkaitan kepenggunaan.  Setelah selesai Cabaran Interaktif Pengguna ini, pelajar Sepintar yang menyertai dinobatkan sebagai tempat ketiga daripada 16 buah sekolah yang menyertai program ini. 

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP