> SBPI Rawang: Siri Motivasi Kuasai Potensi Diri

Khamis, 19 Februari 2015

Siri Motivasi Kuasai Potensi Diri

 15 Februari 2015, Semua murid SEPINTAR telah mengikuti satu siri motivasi berkaitan Kuasai Potensi Diri yang disajikan oleh Saudara Fazril Iskandar bin Badaruddin dan Saudara Amirulhaqim bin Mat Sudi dari Q-Hijrah Resources. Program di bawah Bidang Pendidikan Islam ini merupakan rentetan daripada Program Mukhayyam Arabiy 2014 yang lalu. Murid-murid didedahkan dengan banyak perkara yang dapat membantu mereka mengenali potensi diri dan menanganinya dengan cara yang betul. Diharapkan program ini memberi input yang berguna kepada sasaran.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP