> SBPI Rawang: Mac 2015

Selasa, 31 Mac 2015

Program Pementoran SBT Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris SMK Seafield

 31 Mac 2015, Program yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris kedua-dua sekolah telah berjaya dijalankan oleh Bidang Bahasa bertempat di SMK Seafield. Program ini merupakan kunjungan balas dari SEPINTAR selepas menerima kunjungan SMK Seafield ke SEPINTAR pada tahun lepas. Bengkel-bengkel yang diadakan melibatkan guru dan murid mendapat respon positif dari peserta-peserta dan merupakan pengalaman baru yang bermakna. Semoga program seperti ini boleh diteruskan pada masa akan datang kearah kejayaan kedua-dua pihak. 

Isnin, 30 Mac 2015

Majlis Pelancaran Minggu Pendidikan dan Pencegahan Dadah, Rokok dan Inhalen, Program Fellowship Advisor dan Guru Penyayang serta Birth Week Bash SEPINTAR

 30 Mac 2015, Unit Bimbingan dan Kaunseling SEPINTAR telah mengadakan pelancaran beberapa program yang akan diadakan pada tahun ini. Ucapan perasmian telah disampaikan oleh Tn Hj Addenan Osman, Pengetua SEPINTAR. Diharapkan pelancaran ini menjadi penggerak kearah kejayaan program yang akan dijalankan.

Ahad, 29 Mac 2015

5th Biennial Residential Schools English Drama Competition

 27 - 29 Mac 2015, SEPINTAR telah menghantar Pasukan Drama yang terdiri dari 15 orang murid untuk menyertai pertandingan yang diadakan di Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur. Pada pertandingan ini, SEPINTAR berjaya memperolehi hadiah Tempat ke-4 (Saguhati) dan Best Director. Semoga penyertaan ini menjadi platform pembinaan kendiri murid yang berkeyakinan dan cemerlang.

Jumaat, 27 Mac 2015

Perhimpunan Awam Bulan Mac

 27 Mac 2015, Bidang Bahasa telah diberi tanggungjawab menjalankan perhimpunan awam di bilik seminar. Tn Hj Addenan, Pengetua SEPINTAR telah menyampaikan ucapan kepada semua warga kerja SEPINTAR. Pada majlis ini juga, hadiah telah disampaikan dan sesi perkenalan dengan guru-guru TMUA yang baru mendaftar turut diadakan.

Isnin, 16 Mac 2015

Kem Jaringan Kecemerlangan Kimia 2015

 Program tahun ketiga bagi program peningkatan guru muda kimia telah dilaksanakan pada 13 - 15 Mac 2015 oleh SEPINTAR telah mengabungkan 7 sekolah. Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Sekolah Seri Puteri, Sekolah Menengah Agama (P) Taayah, Sek Men Sains Setiu, Sek Men Keb Agama Sabak Bernam, SMK Dato Penggawa Barat, SBPI Rawang. Slot Ceramah di bantu oleh 12 Guru Cemerlang Kimia, dan fasilitator terdiri daripada 30 murid cemerlang SPM 2014. Moga program kali ini dapat menyuntik semangat guru muda untuk membantu kawan-kawan yang lain juga cemerlang dalam kimia dan subjek lain.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP