> SBPI Rawang: Majlis Penyerahan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2014

Rabu, 4 Mac 2015

Majlis Penyerahan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2014

 3 Mac 2015, Batch SPM 2014 SEPINTAR telah melakar sejarah sendiri apabila keputusan SPM yang baru sahaja diumumkan meletakkan di tempat ke-3 seluruh SBP dan menduduki tempat pertama Negeri Selangor. Keputusan yang diumumkan oleh Tn Hj Addenan Osman, Pengetua SEPINTAR di Dewan Al-Aqsa telah disambut dengan tepukan gemuruh oleh semua yang berada di Dewan. Calon cemerlang SPM 2014 adalah seramai 52 orang dengan GPS 1.44. Keputusan yang gemilang ini dilengkapkan lagi dengan 2 orang calon yang mendapat semua A+. Tahniah kepada semua calon SEPINTAR semoga kegemilangan ini diteruskan. 

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP