> SBPI Rawang: Pertandingan Majlis Tadarus Al Quran Peringkat Zon Gombak Barat

Ahad, 15 Mac 2015

Pertandingan Majlis Tadarus Al Quran Peringkat Zon Gombak Barat

 11 Mac 2015 Sepintar telah menghantar kontigen MTQ ke Pertandingan Majlis Tadarus Al Quran Peringkat Zon Gombak Barat di SMK Bandar Tasik Puteri,Rawang. Seramai 15 peserta telah mengambil bahagian dalam 4 acara yang dipertandingkan. Antara acara tersebut ialah Syarahan Agama Lelaki dan Perempuan,Hafazan Al Quran Lelaki dan Perempuan, Tilawah Al Quran Lelaki dan Perempuan dan Kumpulan Nasyid Fitrah Murni. Sepintar telah merangkul Johan bagi acara Syarahan Agama Perempuan,Hafazan Al Quran Perempuan dan Nasyid Fitrah Murni. Manakala bagi kategori Naib Johan ialah Syarahan Agama Lelaki dan Hafazan Al Quran Lelaki. Terima kasih kepada semua  warga Sepintar yang telah memberi sokongan dan mendoakan kejayaan Kontigen MTQ baru-baru ini.Kontigen MTQ akan memasuki pertandingan ke peringkat Daerah pada 4 April 2015 di SMK Kundang.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP