> SBPI Rawang: Lawatan Delegasi MOE (Southern Border Provinces Education Administration Centre - SBPAC Thailand)

Rabu, 15 April 2015

Lawatan Delegasi MOE (Southern Border Provinces Education Administration Centre - SBPAC Thailand)

 15 April 2015, SEPINTAR menerima Delegasi dari SBPAC Thailand dalam rangka lawatan ke sekolah di bawah Program Penempatan Murid Thailand Secara Tajaan KPM Malaysia. Pertemuan dengan murid tajaan telah diadakan di Bilik Seminar dengan beberapa sesi perbincangan dan soal selidik. Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat perkembangan pembelajaran dan kebajikan murid di samping mewujudkan hubungan yang rapat diantara pihak sekolah dengan pihak yang menguruskan program ini di Thailand.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP