> SBPI Rawang: Mei 2015

Jumaat, 29 Mei 2015

Hari Guru SEPINTAR

 28 Mei 2015, Hari Guru SEPINTAR telah diadakan  di Dewan Al-Aqsa dan guru-guru telah diraikan dan dihidangkan dengan pelbagai persembahan pelajar. Ucapan perasmian telah disampaikan oleh Tn Hj Addenan Osman, Pengetua SEPINTAR. Majlis yang membawa tema 'Retro' ini berjalan lancar dan mengikut perancangan. Tahniah kepada jawatankuasa penganjur majlis ini.







Khamis, 28 Mei 2015

Perhimpunan Bulanan Mei 2015

 27 Mei 2015, Bidang Sains dan Matematik telah diberi tanggungjawab mengelolakan perhimpunan bulan Mei di Bilik Seminar. Pn Shajaratuddur, GKMP Bidang Sains dan Matematik telah menyampaikan laporan bulanan. Hadiah-hadiah dan sumbangan telah disampaikan oleh Tn Hj Addenan Osman, Pengetua SEPINTAR.

Isnin, 18 Mei 2015

Jemputan Menghadiri Majlis Solat Hajat dan Sarana Ibubapa TMUA (Tingkatan 1)



Makluman dan Jadual Program Kecemerlangan Sekolah TMUA (Tingkatan 1)



Sabtu, 16 Mei 2015

Lawatan Penandaarasan dari SBPI Gopeng

 15 Mei 2015, SEPINTAR telah menerima kehadiran guru-guru serta murid-murid dari SBPI Gopeng untuk Program Penandaarasan. Sebelum perbincangan diadakan, taklimat berkenaan SEPINTAR telah disampaikan oleh Tn Hj Kamilen Marzoki, Penolong Kanan SEPINTAR di bilik mesyuarat. Selepas taklimat selesai, perbincangan dalam kumpulan diadakan dalam bidang masing-masing. Walaupun masa yang singkat, namun perbincangan berjalan lancar. Diharapkan program ini memberi impak positif kepada kedua-dua pihak.

Khamis, 14 Mei 2015

Bengkel Pengenalan Blackboard

  12-13 Mei 2015, Guru-guru Tingkatan satu telah diperkenalkan dengan satu lagi sistem LMS yang diberi nama Blackboard. Bengkel selama 2 hari ini diadakan di Makmal Komputer SEPINTAR dan mencapai objektif pelaksanaan. Peserta telah diajar cara-cara login, pengenalan paparan antara muka, memasukkan bahan serta menyediakan soalan serta ujian. 

Isnin, 11 Mei 2015

Program Latihan Kawad PIBG


 10 Mei 2015, Program yang julung kali diadakan ini dibawah bimbingan AJK PIBG, Tn Hj Mohd Razeef b Md Jee, Pegawai Angkatan Tentera Malaysia. Aktiviti kawad selain menerapkan nilai disiplin, kepatuhan dan sentiasa bersiap siaga, ia juga mewujudkan pengalaman baru kepada pelajar-pelajar apabila berpeluang belajar daripada mereka yang pakar.

Sabtu, 2 Mei 2015

Kursus Peningkatan Bakat Murid Menerusi Pendekatan SEM serta Program Tahfiz Model Ulul Albab(TMUA)

   26-27 April 2015, SEPINTAR telah mengadakan kursus yang merupakan satu platform sebagai pendedahan kepada Schoolwide Enrichment Model(SEM) bertempat di SMK Lembah Bidong, Setiu dan SM Imtiaz, Besut di Terengganu. Penempatan delegasi SEPINTAR di Terengganu disediakan oleh SMS Setiu. Ketibaan delegasi disambut ceria oleh Pn Hjh Hasimah Harun, PK HEM Setiu yang merupakan bekas PK HEM SEPINTAR. Turut sama menyambut delegasi adalah En Saifuldin Mahmood, PK SMS Setiu beserta Exco Pelajar. Setiba di SMK Lembah Bidong, delegasi SEPINTAR disambut oleh Tn Hj Mohd Nasir bin Abd. Rahman, Tn Pengetua serta barisan pentadbir. Peserta telah mengikuti taklimat serta dibawa melihat sendiri program SEM yang telah dijalankan. Destinasi seterusnya iaitu SM Imtiaz Besut disambut oleh Tn Hj Abdul Wahab bin Mohd Arshad, Pengetua SM Imtiaz Besut.   

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP