> SBPI Rawang: 1st Nairong International Students Conference di Bangkok Thailand

Sabtu, 8 Ogos 2015

1st Nairong International Students Conference di Bangkok Thailand

 Pada 3 hb Ogos hingga 7 hb Ogos 2015 Sek Berasrama Penuh Integrasi Rawang telah menyertai 1st Nairong International Students Conference di Bangkok Thailand dengan tema Innovation and Sustainable Development. Konferens ini pertama kali dianjurkan oleh Sekolah Matthayom Watnairong , Bangkok. Delegasi SEPINTAR terdiri daripada 4 orang murid tingkatan 4 dan Pn Shajaratudduur Hussin sebagai guru pengiring.  Antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan poster dan Mygame serta bengkel aktiviti murid. Delegasi SEPINTAR telah berjaya terpilih sebagai 6 finalis pertandingan Mygame daripada 20 sekolah yang terlibat. Pada sesi untuk peserta guru, Pn Shajaratudduur telah membentangkan kertas kerja amalan terbaik sekolah dalam pembangunan program Inovasi Sains (Research & Development). Delegasi juga dipersembahkan dengan pertunjukkan budaya tempatan seperti tarian tempatan, seni Muaythai dan dibawa melawat tempat-tempat tarikan pelancong seperti Grand Palace dan pertunjukkan gajah. Pengalaman menyertai konferens peringkat antarabangsa ini diharap dapat memberi inspirasi dan semangat kepada para peserta untuk meningkatkan kejayaan diri murid dan sekolah.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP