> SBPI Rawang: Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform SBPI Rawang

Jumaat, 11 September 2015

Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform SBPI Rawang

  9 September 2015, Bagi menyemarakkan semangat berpasukan dan disiplin Unit Beruniform SEPINTAR, satu pertandingan kawad kaki telah diadakan di Dataran Raudhah. Dua kategori iaitu Kategori Putera dan Puteri telah dipertandingan dan disertai semua unit beruniform SEPINTAR. Pada tahun ini, Johan Kawad Kaki Puteri telah dimenangi oleh BSMM manakala Johan Kawad Kaki Putera telah dimenangi oleh KRS. Hadiah pemenang serta cenderamata hakim telah disampaikan oleh Tn Hj Addenan Osman, Pengetua SEPINTAR. Tahniah kepada semua pasukan yang telah menyertai pertandingan ini.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP