> SBPI Rawang: Program Sentuhan Kasih

Khamis, 15 Oktober 2015

Program Sentuhan Kasih

 14 Oktober 2015, PIBG telah menganjurkan Program Sentuhan Kasih yang melibatkan semua pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan 5 bertempat di Learning Center. Dalam program ini, peserta-peserta telah diberi pendedahan mengikut bidang professional yang di pilih oleh panel-panel yang dijemput khas untuk program ini. Program ini juga mendapat kerjasama beberapa Alumni SEPINTAR yang turut hadir mengendalikan program ini.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP