> SBPI Rawang: Program Kembara Bahasa Arab , Acheh , Indonesia 2015

Isnin, 16 November 2015

Program Kembara Bahasa Arab , Acheh , Indonesia 2015

 Program ini telah diadakan bermula 31.10.2015 hingga 15.10.2015. Program ini adalah kerjasama dengan Maahad Insan Qurani, Acheh. Program diadakan di Pusat Pengembangan dan Pemahaman Al-Quran, Dinas Syariat Islam, Acheh. Program ini disertai 36 orang murid.
Perasmian program diadakan pada jam 8.00 malam, 31.10.2015 yang dihadiri oleh Tn.Hj.Kamilen bin Mazoki (PK Pentadbiran SBPI Rawang) dan Ustaz Muzakkir Zulkiflie (Mudir Maahad Insan Qurani).
Penyelaras dan tenaga pengajar  program ini di Acheh ialah Ustaz Azhar Zulkiflie serta guru-guru bahasa Arab dari Maahad Insan Qurani. Selain daripada pembelajaran Bahasa Arab, peserta juga berpeluang melawat tempat-tempat yang menarik kesan Tsunami di sekitar Banda Acheh.
Majlis penutup diadakan di Maahad Insan Qurani pada 14.11.2015 (Sabtu) . Majlis ini dihadiri oleh Tn. Hj. Adddenan bin Osman (pengetua SBPI Rawang), En. Zamri bin Abu Zarin (GKMP Bahasa), Ustazah Habsah bt Shafie (GKMP Pendidikan Islam), Pn. Hjh Kairulafdzar  binti Ahmad Shah (GKMP Teknik dan Vokasional), Pn. Hjh. Azizah bt Kassim(YDP PIBG Sepintar) dan wakil ibubapa.
Persembahan peserta di majlis penutup di hadapan murid-murid Maahad Insan Qurani dalam Bahasa Arab sepenuhnya memukau hadirin yang hadir. Objektif program ini adalah untuk membina keyakinan  kepada pelajar Tingkatan  dua, tiga dan empat yang menyertai program tersebut  berkomunikasi dalam Bahasa Arab dalam persekitaran yang menggunakan bahasa tersebut sepenuhnya (selain Bahasa Inggeris), mudah-mudahan tercapai dan membentuk budaya ini di SBPI Rawang.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP