> SBPI Rawang: Kursus Pengurusan Pentadbiran

Khamis, 24 Disember 2015

Kursus Pengurusan Pentadbiran

 Hari: Selasa dan Rabu

Tarikh:22&23 Disember 2015
Tempat: Pusat Tarbiah Fathur Rahman
Sasaran : semua PPP dan PKP SBP Integrasi Rawang


Tajuk sepanjang  hari pertama berkursus selasa 22 Disember 2015 Pengurusan Fail Arkib Negara Malaysia disampaikan oleh Pn Sukana Binti Suadi dari Arkib Negara Malaysia.
Manakala Pengurusan Kewangan Dan Perolehan pula merupakan tajuk slot pertama pada hari kedua Rabu 23 Disember 2015, disampaikan oleh Tn Hj.Ahmad Saipudin Bin Mohamad dari BPSBPSK.
Dan slot terakhir pula di bawah tajuk Keselamatan Kerajaan  disampaikan oleh Tn Hj. Mazlan bin Abdul Wahab Pengarah, Pejabat Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Selangor (JPM). Kursus berakhir pada jam 4:30 petang.
Diharapkan kursus tersebut dapat membantu semua kakitangan SBP Integrasi Rawang dalam mengaplikasikan budaya kerja cemerlang, proaktif dan berpengetahuan serta bermotivasi tinggi dengan menjadikannya sebagai salah satu sumber ilmu demi meningkatkan prestasi kerja yg berintegriti.

Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakannya.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP