> SBPI Rawang: Mac 2016

Khamis, 24 Mac 2016

Program Young Master Chef SEPINTAR

 21-23 Mac 2016, Panitia Kemahiran Hidup telah menganjurkan program yang bermatlamat mencungkil bakat murid dalam masakan di kalangan murid dan terbuka hanya untuk murid puteri Tingkatan 1-3 sahaja. Tema masakan:
  • Kuih muih
  • Hidangan sepinggan lengkap
  • Aneka cup cake
Kesemua 8 kumpulan yang menyertai telah berjaya menyediakan menu serta hidangan seperti yang dirancang dan diadili oleh para hakim yang berkaliber dalam bidang makanan.

Sabtu, 12 Mac 2016

Perhimpunan Awam Bulan Februari dan Mac

 11 Mac 2016, Perhimpunan bulanan merupakan agenda wajib SEPINTAR yang mengumpulkan AKP dan Guru bersama Pentadbir dalam memberi penjelasan hala tuju SEPINTAR dalam mencapai kecemerlangan. Perhimunan kali ini dikelolakan oleh Bidang Bahasa dan Bidang Kemanusiaan bertempat di Bilik Seminar.

Khamis, 10 Mac 2016

Solat Sunat Gerhana

 9 Mac 2016, Semua warga SEPINTAR telah berkumpul bermula jam 7.30 pagi di Masjid               Al-Qadisiah, SEPINTAR bagi sama-sama mengerjakan solat sunat Gerhana. Aktiviti ini turut memberi pendedahan kepada murid garis panduan pelaksanaan solat sunat Gerhana yang betul. 

Rabu, 9 Mac 2016

Kejohanan Memanah Sekolah Berasrama Penuh


 3-6 Mac 2016, Pasukan Memanah SEPINTAR telah menyertai pertandingan ini dan berikut merupakan pencapaian pasukan.

Ainul Mardiyah Roslan Hakim - Juara Olimpik Round Individu P, Naib Johan jarak 60 m Individu SBP
ke-3 Berkumpulan 60m SBP
ke-4 jarak 60m individu Terbuka
ke-4 berkumpulan 60m terbuka.

Isnin, 7 Mac 2016

Sukantara SEPINTAR





 Gambar-gambar sekitar pelaksanaan Sukantara SEPINTAR. Semua murid perlu menyertai acara yang dipertandingkan dan markah akan dikira sekiranya peserta melepasi tahap acara.

Jumaat, 4 Mac 2016

Majlis Penyerahan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015

 3 Mac 2016, Keputusan SPM 2015 telah diumumkan secara rasmi pada hari ini. Seramai 36 orang calon SPM 2015 SEPINTAR telah memperolehi keputusan Straight A's. Pengumuman dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Tn Hj Kamilen Marzoki, PK SEPINTAR dan Tn Hj Addenan Osman, Pengetua SEPINTAR di Dewan Al-Aqsa. Tahniah dan syabas

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP