> SBPI Rawang: April 2016

Sabtu, 30 April 2016

Perhimpunan Bulanan April 2016



 29 April 2016, Perihmpunan Bulanan kali ini telah dikelolakan oleh Bidang Pendidikan Islam bertempat di Bilik Seminar. Pada perhimpunan kali ini laporan bulanan telah disampaikan oleh Pn Hjh Siti Aida, GKMP Bidang Pendidikan Islam.

Jumaat, 29 April 2016

Lawatan Penanda Aras dari MITIB

 29 April 2016, SEPINTAR telah menerima kunjungan murid dan guru dari Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Istana Bandar (MITIB) bagi melihat aspek kepimpinan murid di SEPINTAR.



Kajian Lapangan Geografi

 28 April 2016, Panitia Geografi di bawah Bidang Kemanusiaan SEPINTAR telah melaksanakan Kajian Lapangan yang memfokuskan Pengangkutan bertempat di KL Sentral. Seramai 30 orang murid tingkatan 3 telah terlibat dalam kajian ini.

Isnin, 25 April 2016

Jemputan ke Majlis Konsultasi Akademik Bil.2 Tahun 2016

Ahad, 17 April 2016

Fire Drill Asrama

 16 April 2016, Jawatankuasa Keselamatan SEPINTAR di bawah Unit HEM telah bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Balai Batu Arang menganjurkan Fire Drill peringkat asrama melibatkan Aspura dan Aspuri. Latihan bermula jam 3.30 pagi dan tamat jam 4.30 pagi. Hasil latihan ini, semua Puteri selamat keluar manakala 14 orang putera tidak berjaya menyelamatkan diri. Taklimat dan rumusan latihan telah disampaikan oleh En Adi, Anggota Bomba Batu Arang dan pasukan diketuai oleh Tn Aminudin dari Balai Bomba Batu Arang.

Selasa, 12 April 2016

Majlis Perasmian Penutup Bulan Teknik dan Vokasiaonal

 11 April 2014, Majlis yang diaddakan bagi menandakan tamatnya Bulan Teknik dan Vokasional telah diadakan di Dewan Al-Aqsa. Tn Hj Addenan Osman telah menyempurnakan perasmian dan telah sudi menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan.

Isnin, 4 April 2016

Hari Terbuka AIRA

 2 April 2016, Persatuan Alumni SEPINTAR (AIRA) telah menjalankan Hari Terbuka di SEPINTAR bagi memberi pendedahan kepada umum perjalanan AIRA. Turut diadakan gerai jualan, derma darah, pemeriksaan kesihatan dan persembahan AIRA.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP