> SBPI Rawang: Fire Drill Asrama

Ahad, 17 April 2016

Fire Drill Asrama

 16 April 2016, Jawatankuasa Keselamatan SEPINTAR di bawah Unit HEM telah bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Balai Batu Arang menganjurkan Fire Drill peringkat asrama melibatkan Aspura dan Aspuri. Latihan bermula jam 3.30 pagi dan tamat jam 4.30 pagi. Hasil latihan ini, semua Puteri selamat keluar manakala 14 orang putera tidak berjaya menyelamatkan diri. Taklimat dan rumusan latihan telah disampaikan oleh En Adi, Anggota Bomba Batu Arang dan pasukan diketuai oleh Tn Aminudin dari Balai Bomba Batu Arang.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP