> SBPI Rawang: Ogos 2016

Rabu, 31 Ogos 2016

SEPINTAR Cemerlang di Kelantan International Indoor Archery

Kelantan International Indoor Archery berlangsung di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan pada 28-31 Disember 2016 menyaksikan Sepintar membawa pulang 2 pingat perak dan 3 pingat yang lain. Kejohanan ini adalah sebagai platform untuk mencari pemanah-pemanah bagi mewakili Malaysia ke Kejohanan Memanah Dalam Dewan di Bangkok pada bulan Disember ini. Seramai 4 orang pemanah Sepintar yg terdiri dari pelajar Tingkatan 1 akan mewakili Malaysia nanti.


Projek Go Green, Pertandingan 'Garden Bottles'

 31 Ogos 2016, Semua peserta Pertandingan Garden Bottles yang terdiri daripada murid Tingkatan 1-4 telah memulakan kerja awal di kawasan letak kereta guru bersebelahan Dewan Al-Aqsa. Aktiviti seterusnya adalah untuk menanam pokok untuk membina taman mini di setiap kelas. Aktiviti ini merupakan sebahagian aktiviti dalam Projek Go Green .

Sambutan Malam Kemerdekaan

 30 Ogos 2016, Sambutan pada tahun ini bermula selepas solat maghrib dengan bacaan yasin dan tahlil untuk pejuang kemerdekaan di Masjid Al-Qadisiah. Selepas Isyak, sedikit tayangan video dan ceramah "Kemerdekaan Dari Perspektif Islam" telah disampaikan. Sambutan telah dirasmikan oleh Tn Hj Addenan Osman, Pengetua SEPINTAR. Penutup sambutan, semua hadirin disajikan dengan hidangan ubi kayu rebus dan bihun sup di Dewan Makan. Semoga dengan sambutan ini dapat memupuk semangat cintakan negara dan menanam rasa bersyukur di atas keamanan yang dikecapi.

Isnin, 29 Ogos 2016

Mesyuarat Pembinaan Pelan Strategik Sekolah2017-2020

 26-28 Ogos 2016, Sesi mesyuarat seperti di atas telah diadakan di Star Points Hotel, Kuala Lumpur. Seramai 16 orang guru telah bersama-sama bertungkus lumus menyediakan perancangan bagi 3 bidang utama sekolah. Mudah-mudahan pelan ini dapat dijadikan panduan kerja yang berguna untuk tahun-tahun seterusnya.

Sabtu, 20 Ogos 2016

Japan Malaysia Student Exchange Programe 2016

  17-19 Ogos 2016, SEPINTAR telah menjadi hos Program Pertukaran Pelajar Jepun-Malaysia anjuran National Soni Youth Outdoor Learning Centre Nara, Jepun dan Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Sukan Sains dan Teknologi Jepun (MEXT) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan SBPI Rawang.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP