> SBPI Rawang: Oktober 2016

Isnin, 24 Oktober 2016

Majlis Graduasi dan Sirih Pulang ke Gagang

  22 Oktober 2016, Majlis Graduasi dan Sirih Pulang ke Gagang telah selesai diadakan bagi meraikan murid Tingkatan 5 2016. Majlis gilang gemilang ini telah diadakan bertempat di INTEKMA Resort, Shah Alam.

Isnin, 10 Oktober 2016

Majlis Solat Hajat Tingkatan 3 dan Tingkatan 5

 8 Oktober 2016, Majlis Solat Hajat Perdana telah diadakan di Masjid Al-Qadisiah dan turut dihadiri oleh ibubapa murid Tingkatan 3 dan 5. Majlis dimulakan selepas solat Maghrib dengan bacaan Yaasin manakala solat hajat diadakan selepas solat Isyak.

Ahad, 9 Oktober 2016

Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah

 8 Oktober 2016, Hari Sukan Negara (HSN) merupakan platform penting dalam menghidupkan kembali budaya dan semangat bersukan yang pernah diamalkan ketika zaman persekolahan melalui hari sukan tahunan. Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, konsep kedua-duanya adalah sama, tetapi skalanya berbeza memandangkan HSN melibatkan keseluruhan rakyat Malaysia. HSN peringkat sekolah telah diadakan bertempat di Padang SEPINTAR melibatkan semua warga SEPINTAR. 

Khamis, 6 Oktober 2016

Kajian Lapangan Geografi Tingkatan 1

 5 Oktober 2016, Sekitar Kajian Lapangan Geografi murid Tingkatan 1 yang telah diadakan di Taman Botani Negara, Shah Alam.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP