> SBPI Rawang: Perkhidmatan BSN di Koperasi SEPINTAR

Rabu, 11 Januari 2017

Perkhidmatan BSN di Koperasi SEPINTAR

Assalamualaikum..
Koperasi sepintar dengan rasminya telah menjadi ejen bank berdaftar BSN.
Antara Perkhidmatan yang ditawarkan :
+Deposit tunai 
+Pengeluaran tunai(Kad BSN dan Mykad (Untuk yang buka akaun BSN dgn Koperasi SEPINTAR) +Pembayaran bil  ( Tunai * Kad BSN (debit) 
+BSN SSP (Tunai * Kad BSN (debit))
+Pembayaran tanpa tunai (debit card) BSN sahaja 
+Top up maxis, digi, celcom, u-mobile & tune talk (RM5, RM10, RM30, RM60) 
+Pembukaan GIRO/GIRO-i (RM30) 
+Pertanyaan baki * Kad BSN Akses mudah dan jimat masa untuk pelajar sepintar... 

 Pelajar tidak perlu pegang tunai dengan banyak selepas ini di asrama. Boleh keluar RM10 dalam 2/3 hari sekali atau bila perlu sahaja. Urusan pembayaran yuran koperasi boleh menggunakan akses yang disediakan (cth : debit kad)
 Diharapkan ibubapa dapat menggalakkan anak-anak dapat menggunakan kemudahan yang ada ini untuk keselamatan wang saku yang diberikan. Segala urusan boleh berhubung dengan saya.

Terima Kasih
Ustaz Yunus
Setiausaha KOPERASI SEPINTAR



Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP