> SBPI Rawang: Februari 2017

Sabtu, 25 Februari 2017

Perhimpunan Bulan Februari 2017

 24 Februari 2017, Perhimpunan Bulan Februari telah diadakan di Bilik Seminar dihadiri semua kakitangan kerja SBPI Rawang. Perhimpunan kali ini telah dikelolakan oleh Bidang Pendidikan Islam.

Jumaat, 17 Februari 2017

Kejohanan Ragbi MSS Selangor 2017

 13-16 Februari 2017, Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah Selangor peringkat Negeri telah berlangsung di SMAP Kajang dengan penyertaan semua daerah di Selangor. 2 orang pemain SEPINTAR iaitu Muhammad Zahim Haqqi Khamizon dan Muhammad Aiman Haikal Yahya telah terpilih menyertai pasukan Gombak ke Kejohanan ini. Keputusan penuh Kejohanan menyaksikan Pasukan Gombak berjaya muncul sebagai Naib Johan Ragbi (Cup). Tahniah dan syabas kepada pasukan Gombak.

Khamis, 16 Februari 2017

Pertandingan Running Math MSU



 15 Februari 2017, SEPINTAR telah menghantar wakil untuk menyertai Pertandingan Running Math anjuran MSU, Shah Alam. Pertandingan peringkat kebangsaan ini disertai oleh 56 buah sekolah dari Selangor, Perak, WP Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. Pada pertandingan ini, Arif Daniel bin Mohd Ijhar telah berjaya mendapat Gold Medal.

Sabtu, 11 Februari 2017

Mesyuarat Agung PIBG



 11 Februari 2017, Mesyuarat Agung PIBG telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Al-Aqsa, SEPINTAR. Sebelum mesyuarat diadakan, Taklimat Parenting telah disampaikan oleh Tn Hj Kamilen Marzoki.

Jumaat, 10 Februari 2017

Majlis Pelancaran STEP, Tabung Bencana Acheh dan Jom ke Sekolah

 10 Februari 2017, Majlis yang diadakan di Dewan Al-Aqsa telah disempurnakan oleh Tn Hj Addenan Osman, Pengetua SEPINTAR.

Pengajian Kitab "Penawar Bagi Hati"

Semua di jemput hadir.

Ahad, 5 Februari 2017

Kuliah Maghrib "Ibrah Nabi Musa dan Khidr dari Surah al-Kahf"

 4 Februari 2017, BADAR, JK Masjid dan Bidang Pendidikan Islam SBPI Rawang telah menganjurkan kuliah Maghrib untuk warga SEPINTAR disampaikan oleh Dr. Aqtar Mohamed bin Ummar. 





Sabtu, 4 Februari 2017

Program Motivasi Murid Cemerlang Memburu Kecemerlangan

 Pada 4 Februari 2017 Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah telah mengadakan Program Motivasi Murid Cemerlang Memburu Kecemerlangan bertempat di Dewan Al-Aqsa dengan kerjasama pensyarah Management &Science University (MSU).Program ini disertai seramai 172 orang murid tingkatan 3 dan 5. Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada murid bahawa betapa besar potensi yang ada pada dirinya untuk mencapai kecemerlangan di samping memberi motivasi dan semangat dalam meneruskan perjuangan belajar. Program ini bermula pada jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 4.30 petang. Semoga dengan program ini mampu menjadi pengukuh kepada motivasi murid untuk belajar bersungguh-sungguh kerana dengan ilmu dan pengetahuan sahajalah yang dapat merealisasikan hasrat diri untuk berada bersama-sama orang cemerlang dalam dunia realiti yang sebenar.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP