> SBPI Rawang: Latihan Pusat dan Pemilihan Pemain Kontigen Ragbi MSSD Gombak

Jumaat, 3 Februari 2017

Latihan Pusat dan Pemilihan Pemain Kontigen Ragbi MSSD Gombak

 2-3 Februari 2017, Seramai 6 orang pemain Ragbi SEPINTAR telah terpilih untuk mengikuti sesi Latihan Pusat dan Pemilihan Pemain Kontigen Ragbi MSSD Gombak bertempat di SBPI Gombak. Latihan Pusat ini merupakan persediaan Kontigen Gombak untuk Kejohanan MSS Selangor bertempat di Daerah Hulu Langat pada 13-16 Februari 2017. Peserta telah diberi pelbagai pendedahan serta ujian bagi menguji pemain yang layak. Pada penghujung sesi ini, 2 orang pemain SEPINTAR telah terpilih menyertai pasukan Gombak iaitu Muhammad Zahim Haqqi dan Muhammad Aiman Haikal. Tahniah dan syabas.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP