> SBPI Rawang: Program Motivasi Murid Cemerlang Memburu Kecemerlangan

Sabtu, 4 Februari 2017

Program Motivasi Murid Cemerlang Memburu Kecemerlangan

 Pada 4 Februari 2017 Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah telah mengadakan Program Motivasi Murid Cemerlang Memburu Kecemerlangan bertempat di Dewan Al-Aqsa dengan kerjasama pensyarah Management &Science University (MSU).Program ini disertai seramai 172 orang murid tingkatan 3 dan 5. Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada murid bahawa betapa besar potensi yang ada pada dirinya untuk mencapai kecemerlangan di samping memberi motivasi dan semangat dalam meneruskan perjuangan belajar. Program ini bermula pada jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 4.30 petang. Semoga dengan program ini mampu menjadi pengukuh kepada motivasi murid untuk belajar bersungguh-sungguh kerana dengan ilmu dan pengetahuan sahajalah yang dapat merealisasikan hasrat diri untuk berada bersama-sama orang cemerlang dalam dunia realiti yang sebenar.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP