> SBPI Rawang: Pesta Sains dan Teknologi (PASTEK) SBPI Rawang

Khamis, 16 Mac 2017

Pesta Sains dan Teknologi (PASTEK) SBPI Rawang


Pada 13 hb Mac hingga 15 hb Mac 2017 Bidang Sains & Matematik bersama Bidang Teknik & Vokasional telah mengadakan Pesta Sains dan Teknologi (PASTEK) selama 3 hari. Sebanyak 15 acara telah dipertandingkan yang melibatkan semua murid daripada tingkatan satu hingga tingkatan 5. Antara objektif PASTEK adalah untuk meningkatkan minat murid-murid dalam bidang sains dan teknologi selaras dengan usaha untuk melahirkan bakat dan masyarakat berliterasi STEM. Selain itu, ia juga sebagai medan pemilihan murid dalam pertandingan SCITECH UiTM yang akan diadakan pada bulan April nanti.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP