> SBPI Rawang: April 2017

Ahad, 30 April 2017

Majlis Anugerah Kecemerlangan

  28 April 2017, Majlis yang merupakan antara agenda utama tahunan bagi menghargai kecemerlangan warga SEPINTAR dalam kurikulum telah berjaya dijalankan di Dewan Al-Aqsa SEPINTAR. Majlis ini telah disempurnakan oleh Dr Mohd Khadri Shahar, Institut Penyelidikan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia. Tahniah dan syabas kepada semua penerima. 

Sabtu, 29 April 2017

Jemputan Majlis Bila Mufti Berbicara

Ahad, 23 April 2017

Taklimat Buli

 21 April 2017, Taklimat buli telah disampaikan oleh Dr. Noraini Mohd Salleh, Bekas Pensyarah UM di Dewan Al-Aqsa, SBPI Rawang. Taklimat telah dihadiri guru dan murid SBPI Rawang.

Khamis, 20 April 2017

Penyerahan Set Angklung Dikenali Sebagai Angklong Toel.





19 April 2017, Angklong Toel disumbangkan oleh Datin Hjh Hazizah Kassim, selaku YDP PIBG SBPI Rawang khas untuk meningkatkan kualiti dan kepelbagaian alat muzik pasukan Cak Lempong, SBPI Rawang.
Alat muzik tradisional yang semakin mendapat tempat di dalam dan luar negara ini merupakan set terkini yang dihasilkan dan diterbangkan khas dari Saung Angklung Udjo, Bandung Jawa Barat. Ia lazim digunakan dalam persembahan muzikal tradisional dan menepati standard antarabangsa.
Selain itu, Angklong Toel ini juga diharap dapat menaikkan semangat pasukan Cak Lempong untuk meningkatkan kualiti persembahan dari semasa ke semasa.

Isnin, 17 April 2017

Program Pengukuhan Bahasa Arab

 14-16 April 2017, SBP Integrasi Rawang telah menyusun Program Pengukuhan Bahasa Arab selama 3 hari. Program ini telah dikendalikan oleh 3 orang muallim dari Aceh iaitu Al Fadhil Ustaz Azhar Zulkifli, Al Fadhil Ustaz Murtadha bin Juned dan Al Fadhil Ustaz Raidi Rizki Anshari dibantu oleh peserta kursus dalam kalangan guru.
Objektif utama Program ini adalah untuk penguasaan kosa kata Bahasa Arab dan penggunaan kamus Bahasa Arab. Di samping itu juga, murid-murid didedahkan dengan kepentingan Bahasa Arab sebagai bahasa Al-Quran dalam pembelajaran dan juga kehidupan seharian.
Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Hj Addenan bin Osman, Pengetua SBP Integrasi Rawang selepas acara persembahan muhawarah, khitobah dan musalsal daripada para peserta yang berjaya menarik hati para hadirin.
Alhamdulillah. Pelaksanaan program ini diharapkan dapat memberi impak yang tinggi kepada
prestasi Bahasa Arab di sekolah, dan memberi kesan yang amat positif untuk membentuk minat dan motivasi diri murid untuk mendalami Bahasa Arab.

Ahad, 16 April 2017

Ceramah Keselamatan oleh Angkatan Pertahanan Awam

15 April 2017, Satu ceramah dan simulasi keselamatan dan bencana alam telah dijalankan di Dewan Al-Aqsa jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.
Jawatankuasa 3K bahagian keselamatan yang diketuai oleh Ustaz Mohd Muaz telah menjemput tiga pegawai dari Angkatan Pertahanan Awam cawangan Hulu Selangor untuk memberikan input kepada murid-murid tingkatan 1 hingga 4. Tiga pegawai tersebut ialah
LEFTENAN PERTAHANAN AWAM JIMMY ALBERTO BIN TINING
KORPERAL SAFRI BIN BAKRIN
KORPERAL MOHD FIRDAUS BIN SAMAD

Majlis telah berlangsung dengan jayanya. Terima kasih kepada semua ajk dan hadirin.

Sabtu, 8 April 2017

Perhimpunan Bulanan Mac

 7 April 2017, Perhimpunan Bulanan Mac kali ini telah dikelolakan oleh Bidang Kemanusiaan berlangsung di Learning Centre SBPI Rawang. Pada perhimpunan ini juga diselitkan dengan LADAP khas yang disampaikan oleh Datin Hjh Hazizah dan Dr Ramalinggam iaitu pendedahan aspek undang-undang dalam bidang pendidikan. 

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP