> SBPI Rawang: Program Pengukuhan Bahasa Arab

Isnin, 17 April 2017

Program Pengukuhan Bahasa Arab

 14-16 April 2017, SBP Integrasi Rawang telah menyusun Program Pengukuhan Bahasa Arab selama 3 hari. Program ini telah dikendalikan oleh 3 orang muallim dari Aceh iaitu Al Fadhil Ustaz Azhar Zulkifli, Al Fadhil Ustaz Murtadha bin Juned dan Al Fadhil Ustaz Raidi Rizki Anshari dibantu oleh peserta kursus dalam kalangan guru.
Objektif utama Program ini adalah untuk penguasaan kosa kata Bahasa Arab dan penggunaan kamus Bahasa Arab. Di samping itu juga, murid-murid didedahkan dengan kepentingan Bahasa Arab sebagai bahasa Al-Quran dalam pembelajaran dan juga kehidupan seharian.
Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Hj Addenan bin Osman, Pengetua SBP Integrasi Rawang selepas acara persembahan muhawarah, khitobah dan musalsal daripada para peserta yang berjaya menarik hati para hadirin.
Alhamdulillah. Pelaksanaan program ini diharapkan dapat memberi impak yang tinggi kepada
prestasi Bahasa Arab di sekolah, dan memberi kesan yang amat positif untuk membentuk minat dan motivasi diri murid untuk mendalami Bahasa Arab.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP