> SBPI Rawang: Jun 2017

Jumaat, 23 Jun 2017

Majlis Persaraan Pn Hjh Kairulafdzar bt Ahmad Shah, GKMP Bidang Teknik dan Vokasional

 22 Jun 2017, Sekitar majlis persaraan Pn Hjh Kairulafdzar bt Ahmad Shah, GKMP Teknik dan Vokasional.

Majlis Pelancaran Ihya Ramadhan

 23 Jun 2017, Bagi menandakan bermulanya Bulan Ramadhan, SBPI Rawang menganjurkan majlis Ihya Ramadhan.

Khamis, 22 Jun 2017

Majlis Khatam Al-Quran

 21 Jun 2017, Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan bertempat di Dewan Al-Aqsa.

Selasa, 20 Jun 2017

Mesyuarat Agung Koperasi

 19 Jun 2017, Koperasi SBPI Rawang telah mengadakan mesyuarat Agung Koperasi melibatkan semua ahli berdaftar. Pelbagai usul telah dibincangkan bersama ahli.

Isnin, 19 Jun 2017

Fire Drill Asrama

 18 Jun 2017, Latihan Kebakaran merupakan salah satu agenda penting bagi memastikan tahap kesediaan penghuni dalam menghadapi kecemasan. Latihan pada tahun ini ada sedikit kelainan kerana diadakan pada bulan Ramadhan dengan kerjasama pegawai dan anggota bomba Balai Batu Arang. Penghuni asrama turut mendangar taklimat ringkas berkenaan keselamatan kebakaran disampaikan oleh Tn Asri.

Ahad, 18 Jun 2017

Majlis Iftar Jamaei

 17 Jun 2017, SBPI Rawang telah menganjurkan Majlis Iftar Jamaei melibatkan warga SEPINTAR serta ibubapa murid. Majlis bermula sebelum maghrib di Masjid Al-Qadisiah, SEPINTAR. Sambutan dari ibubapa amat menggalakkan. Terima kasih kepada semua yang hadir serta penyumbang juadah tambahan berbuka puasa.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP