> SBPI Rawang: LADAP Ogos 2017

Ahad, 13 Ogos 2017

LADAP Ogos 2017


 12 Ogos 2017, Satu siri LADAP telah diadakan pada hari ini, bertempat di Bilik Mesyuarat SBPI Rawang dihadiri oleh semua warga pendidik SBPI Rawang. LADAP ini memfokuskan kepada SKPMg2 bahagian Kokurikulum dan telah dibahagikan kepada 3 slot. Slot Pertama : Penyediaan dan Penghantaran RPH secara atas talian. Slot Kedua : Elemen KBAT dalam instrumen Pentaksiran. Slot Ketiga : Pemantapan Dokumen Standard 3.1; Pengurusan Kurikulum.
Semoga LADAP ini memberi input dan panduan berguna kepada setiap peserta yang hadir.

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP