Sejajar dengan visi SBP 'Melahirkan Pemimpin Bertaraf Dunia' dan matlamat SBP menerusi Pelan Pendidikan Sekolah Berasrama Penuh (PPSBP) 2008-2015, kecemerlangan pengurusan murid hendaklah mencapai perkara-perkara berikut:
- Permohonan murid keluar dari SBP adalah sifar
- Kes salah laku adalah sifar
- Sistem Rumah diterapkan di kalangan warga SBP secara berkesan
- Asrama menepati Piawaian Kualiti Asrama
- Dewan Makan menepati piawaian Kualiti Dewan Makan SBP
- Program Jati Diri mencapai matlamat yang ditetapkan
- Pemantapan Kepimpinan Pelajar meningkat setiap tahun
- Bilangan anugerah berkaitan hal ehwal murid yang dimenangi meningkat tahun demi tahun
Sejajar dengan hasrat tersebut, fokus pengurusan Hal Ehwal Murid adalah:
- Menjana pelajar menjadi pemimpin yang berketrampilan selaras dengan visi SBP melahirkan 'Pemimpin Bertaraf Dunia' menerusi program-program kepimpinan dan setiap pelajar mempunyai sekurang-kurangnya satu jawatan sama ada di sekolah, kokurikulum dan asrama.
- Mewujudkan suasana asrama yang selesa dan kondusif ke arah menjadi asrama terbilang.
- Mengurangkan kes-kes disiplin dengan mewujudkan program-program bagi pelajar yang bermasalah.
- Memantapkan program jati diri dan sistem rumah.
- Mengurangkan permohonan murid keluar sekolah.