> SBPI Rawang: Mei 2013

Rabu, 29 Mei 2013

SEPINTAR di Tempat Kelima Anugerah Sistem Rumah Terbilang SBP 2013


 27 Mei 2013, Majlis Anugerah Cemerlang Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh ke 40 telah diadakan bertempat di Dewan Utama Pusat Konvensyen CIDB Kuala Lumpur. Pada majlis ini pelbagai anugerah dan pengiktirafan kepada pelajar dan sekolah yang menunjukkan kecemerlangan telah disampaikan. SEPINTAR telah berjaya muncul di tempat kelima bagi Anugerah Sistem Rumah Terbilang SBP 2013. Anugerah telah disampaikan oleh tetamu kehormat Y.B. Datuk Seri Hj.Idris bin Jusoh, Menteri Pendidikan II. Semoga penganugerahan ini akan melonjakkan kecemerlangan warga SEPINTAR.

Rabu, 22 Mei 2013

Makluman Mengenai Program Kecemerlangan Akademik Tingkatan 3 dan 5

Maklumat kepada semua ibubapa dan pelajar berkenaan program yang berlangsung dari 1 Jun - 9 Jun 2013. Bagi tujuan muat turun, sila klik pada menu dan pilih 'Download a Copy'. Harap Maklum.

Pasukan Bola Sepak SEPINTAR menyertai 'Nike Ultimate Challenge Dream Team Selection'







 21 Mei 2013, Pasukan Bola Sepak SEPINTAR, The Dribblers Bawah 18 Tahun telah mendapat jemputan untuk menyertai program Nike Ultimate Challenge 2013 bertempat di Padang Bola Sepak B Universiti Malaya. Antara aktiviti di dalam program ini adalah latihan dan pengujian tahap fizikal pemain. Sepanjang program ini juga para pemain dinilai untuk pemilihan menyertai pasukan Nike Dream Team dan perlawanan persahabatan akan dijalankan menentang pasukan Harimau Muda C di Wisma FAM Kelana Jaya. Sesi pemilihan pemain telah diketuai oleh Coach Amin yang merupakan Ketua Jurulatih Pasukan Harimau Muda C. Seorang pemain SEPINTAR telah terpilih menyertai pasukan ini dan meneruskan perjuangan untuk menentang pasukan Harimau Muda C.

Jumaat, 17 Mei 2013

Jamuan Hari Guru di Restoran Seri Melayu Kuala Lumpur

 17 Mei 2013, Kelab Guru dan Kakitangan SEPINTAR telah menganjurkan majlis jamuan dan minum petang bagi meraikan warga pendidik SEPINTAR bersempena dengan Hari Guru yang disambut di seluruh negara pada 16 Mei yang lepas. Jamuan ini telah diadakan di Restoran Seri Melayu Kuala Lumpur bermula jam 3 petang.

Pelajar Cemerlang Kokurikulum di Temuramah Wartawan Berita Harian


 16 Mei 2013, Satu sesi temuramah oleh wartawan dari Berita Harian, Cik Khairunnisa telah diadakan bertempat di Bilik Seri SEPINTAR. Pelajar-pelajar yang telah ditemuramah merupakan pelajar-pelajar yang telah menunjukkan kejayaan yang memberangsangkan di peringkat kebangsaan. Syabas.

Rabu, 15 Mei 2013

PROGRAM PENGANTARABANGSAAN WAFDUL IMTIAZ 2013 @ ARAB SAUDI





Program Pengantarabangsaan Wafdul Imtiaz 2013 telah dijalankan pada 21 Mac hingga 2 April 2013. Program ini melibatkan aktiviti lawatan ke Universiti Islam Madinah dan mengerjakan umrah di Makkah Mukaramah. Melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 3 yang cemerlang didalam peperiksaan PMR 2012, guru-guru dan ibubapa. Rombongan diketuai oleh Tn Hj Kamilen bin Marzoki Penolong Kanan Pentadbiran SBPI Rawang.

Isnin, 13 Mei 2013

Pasukan RnD SEPINTAR Cemerlang di International Exhibition for Young Inventors

11 Mei 2013, Pasukan RnD SEPINTAR dengan projek V'Repel Organic Oil telah dianugerahkan SILVER AWARD dan SPECIAL AWARD dari Japanese Institute of Innovation & Invention di International Exhibition for Young Inventors 2013 yang telah berlangsung di KLCC, Kuala Lumpur. Tahniah dan syabas.

Ahad, 12 Mei 2013

Lawatan Sambil Belajar Ke Istana Negara

 10 Mei 2013, Seramai 37 orang pelajar Tingkatan Satu dan Dua telah menyertai lawatan sambil belajar ke Istana Negara, Kuala Lumpur. Guru-guru yang turut menyertai ialah En Zamri dan Pn Azarina. Pelajar-pelajar telah didedahkan dengan suasana kehidupan di Istana melalui pameran dan bilik-bilik yang terdapat di Istana Negara yang pernah menjadi tempat bersemayan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.





Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP