Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2019

Kejohanan Tenis MSS Selangor

Imej
  25-28 Februari 2019, SBPI Rawang telah diberi kepercayaan menjadi pengelola bersama Kejohanan tahun ini yang telah diadakan di Pusat Sukan Kelana Jaya. Dalam kejohanan ini juga, wakil dari SBPI Rawang telah berjaya mendapat kemenangan dan dipilih untuk menjalani pemilihan ke Kejohanan MSSM. Tahniah dan syabas

Hari Terbuka Asrama

Imej
 23 Februari 2019,JK HEM telah menganjurkan Hari Terbuka Asrama yang melibatkan murid, guru serta ibubapa. Program dimulakan dengan pemeriksaan kamar oleh Panel Penilai dan sesi murid bersama ibubapa sehingga 4.30 ptg. Terimaa kasih kepada semua ibubapa yang telah turut serta dalam penganjuran kali ini.

Pertandingan Kemahiran Kebombaan peringkat Daerah Gombak

Imej
  19-20 Februari  yang lepas telah berlangsung Pertandingan Kemahiran Kebombaan peringkat Daerah Gombak melibatkan 5 Zon balai Daerah Gombak. SEPINTAR mewakili Zon Balai Bomba Batu Arang telah menghantar wakil seramai 17 orang. WAKIL SEPINTAR telah memenangi 3 acara iaitu Kawad operasi Kering  Lelaki Kawad Operasi kering  perempuan Ikatan dan simpulan Perempuan

KEJOHANAN BOLA JARING MSSD GOMBAK 2019

Imej
  SEPINTAR telah menghantar dua pasukan bola jaring iaitu bawah 15 dan bawah 18 tahun ke Kejohanan Bola Jaring MSSD Daerah Gombak tahun 2019 yang berlangsung pada 19-21 Febuari 2019 di SMK Tun Perak. SEPINTAR telah berjaya mendapat Naib Johan untuk kategori Bawah 15 Tahun dan Tempat Ke-3 untuk Kategori Bawah 18 tahun. Syabas dan tahniah atas usaha semua pihak. Keputusan pertandingan:  BAWAH 15 TAHUN BAWAH 18 TAHUN PERINGKAT KUMPULAN SEPINTAR VS SMK RAWANG 9 - 12 (tewas) SEPINTAR VS SMK SELAYANG BARU 11 -3    (menang)    SEPINTAR VS SMK HULU KELANG2 21- 0   (menang) SEPINTAR VS SMK RAHMAN PUTRA 24 -0    (menang) SEPINTAR VS SMI AL-AMIN 18 - 1    (menang) SEPINTAR VS SAM PAYA JARAS 15 - 2    (menang) SEPINTAR VS SM SETIA BUDI 12 - 3    (menang) SUKU AKHIR SEPINTAR VS SMK LEMBAH KERAMAT 7 - 4    (menang) SEPINTAR VS INTERGOM 9 - 8  ...

Surat Jemputan Hari Terbuka Asrama

Imej
Semua ibubapa dijemput hadir.

Kejohanan Tenis MSSD Gombak dan Mini Tenis

Imej
 15 Februari 2019, SBPI Rawang bersama SK Bandar Baru Selayang 2 telah diberi kepercayaan sebagai pengelola Kejohanan Tenis MSSD Gombak bagi sekolah menengah dan sekolah rendah pada tahun ini. Majlis penutup kejohanan telah diadakan di Kompleks Sukan MSN Keramat AU2 dan hadiah telah disampaikan kepada semua pemenang. Wakil SEPINTAR ke Kejohanan telah muncul sebagai Johan untuk kedua-dua kategori iaitu Murshid Mansor (L B15) dan Mardina Mansor (P B18). Tahniah dan syabas.