> SBPI Rawang: Pentadbiran

Pentadbiran

 PENGURUSAN PENTADBIRAN & JAWATANKUASA



FALSAFAH  PENDIDIKAN  KEBANGSAAN
                Pendidikan di Malaysia  adalah suatu  usaha  berterusan  ke arah lebih memperkembangkan potensi individu  secara menyeluruh  dan bersepadu  untuk melahirkan  insan  seimbang  dan harmonis  dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani  berdasarkan kepercayaan  dan kepatuhan  kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan  Warga Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab  dan berkeupayaan  mencapai  kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran  keluarga, masyarakat dan Negara.

FALSAFAH SEKOLAH  BERASRAMA  PENUH
                Pendidikan  di  Sekolah   Berasrama  Penuh  adalah  suatu usaha berterusan bagi menyediakan  suasana  persekolahan  dan  pembelajaran yang terancang, terkawal  dan sempurna  untuk memupuk  dan memperkembangkan  kebolehan pelajar–pelajar  yang berpotensi  kearah kecemerlangan  sebagai insan dan warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap  tuntutan  Agama, Bangsa dan Negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
                Pendidikan Islam adalah satu usaha  berterusan untuk menyampaikan  ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam  berdasarkan  Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk  sikap, kemahiran keperibadian  dan pandangan hidup  hamba Allah  yang mempunyai  tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan Negara ke arah mencapai kebaikan  di dunia  dan kesejahteraan  abadi di akhirat.

MATLAMAT  KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
1.         Melahirkan bangsa Malaysia  yang taat setia dan bersatu padu
2.         Melahirkan insan yang beriman, berilmu, berakhlak mulia, berketerampilan  dan sejahtera
3.         Menyediakan sumber tenaga manusia  untuk keperluan Negara
4.         Memberikan peluang pendidikan  kepada semua  warga Malaysia

MISI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya memenuhi aspirasi Negara Malaysia.
MATLAMAT  SEKOLAH  BERASRAMA PENUH
1.         Mewujudkan peluang untuk  pelajar-pelajar  yang berpotensi  terutamanya dari kawasan  bagi luar  bandar bagi  mendapatkan pendidikan dengan kemudahan yang teratur, sempurna dalam iklim persekolahan yang kondusif
2.         Memperbanyakkan pelajar bumiputera mendapat pendidikan berkualiti sebagai  persediaan ke arah pendidikan tinggi  untuk memenuhi keperluan negara
3.      Melahirkan pelajar yang mempunyai kepimpinan cemerlang melalui pendedahan hidup bermasyarakat  sarwajagat
4.         Melahirkan insan dan warganegara yang bertanggungjawab, berilmu, beriman dan beramal sesuai dengan nilai-nilai hidup masyarakat Malaysia
5.         Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kemampuan sahsiah yang mampu menghadapi alam remaja
6.         Melahirkan kesedaran kepada seluruh warga SBP agar dapat menghayati matlamat kecemerlangan SBP
7.         Mewujudkan warga SBP yang mengamalkan budaya penyayang
8.         Melahirkan kejituan semangat patriotisme di kalangan pelajar SBP
9.         Menghasilkan pelajar-pelajar yang dapat  menguruskan kerja dengan cekap, pantas, tepat dan bijaksana
10.    Menjayakan Program Pendidikan Menengah yang  berorentasikan sains bagi memajukan tuntutan  Wawasan 2020

VISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENDIDIKAN BERKUALITI
INSAN TERDIDIK
NEGARA SEJAHTERA

MISI  SEKOLAH  BERASRAMA  PENUH
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI 
UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA



    CARTA ORGANISASI 2021

    PENGETUA
    Tn Hj Nor Azam bin Abdullah

    PENOLONG KANAN
    Pn Shajaratuddur bt Hussin


    PENOLONG KANAN HEM
    Pn Ruslina binti Ahmad


    PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
    Pn Hjh Siti Aida bt Ibrahim 



    GURU-GURU KANAN MATAPELAJARAN


    En Mohd Zamri bin Abu Zarin (GKMP Bahasa)



    Pn Hjh Habsah bt Shafie (GKMP Kemanusiaan)




    Pn Hjh Khadijah bt Ahmad Mazlan (GKMP Pendidikan Islam)




    Pn Fazidah bt Ariffin (GKMP Teknik & Vokasional)




    Cik Azlina binti Abdullah(GKMP Sains & Matematik)

    Recent Posts

    Tentang Sepintar

    'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini merupakan salah satu SBP yang menjunjung Tahfiz Model Ulul Albab. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

      © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

    Back to TOP