> SEPINTAR-Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang

Thursday, July 29, 2010

Executive Talk "PnP Berkesan" oleh Pn Ashah Samah

Guru-guru SBPI Rawang telah menghadiri Executive Talk "PnP Berkesan" yang telah disampaikan oleh      Pn Ashah Samah, Pengarah Bahagian Pengurusan SBPSK di Cyberjaya. Program ini juga bagi memenuhi jemputan Puan Pengarah dan merupakan lawatan balas dari pihak SEPINTAR. Ini juga dikira sebagai Program Perkembangan Staf ke-2 bagi tahun ini.

Wednesday, July 28, 2010

Seminar Study in Japan

Pada petang ini, pelajar-pelajar Tingkatan 5 SEPINTAR telah menerima kunjungan wakil dari kedutaan Jepun khas untuk menjalankan Seminar Study in Japan. Taklimat telah disampaikan oleh Mr Watanabe Jun'ichi (Jamal) yang merupakan ketua guru-guru Jepun di Malaysia. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pn Hjh Senaini bt Long, Pengetua SEPINTAR. Perlajar-pelajar telah diberi pendedahan mengenai pemilihan kursus dan suasana pembelajaran di Jepun.

Tuesday, July 27, 2010

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Piala Perdana Menteri ke-3

Menjelang Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri pada 31 Julai 2010, satu Mesyuarat Jawatankuasa kerja telah diadakan di Bahagian Pengurusan Sekolan Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster, Cyberjaya. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Ashah Samah, Pengarah BPSBPSK. En Mohd Amirnudin hadir mewakili pihak sekolah yang telah dipertanggungjawabkan sebagai Jawatankuasa Dokumentasi dan Fotografi. Mesyuarat membincangkan perincian program dan satu lawatan tapak di PICC iaitu tempat pertandingan telah diadakan sejurus selepas mesyuarat.

Program Menggapai Bintang SEPINTAR 2011-Kota Kinabalu

Pada 23-26 Julai yang lepas, pelajar-pelajar tingkatan 4 yang merupakan pelajar cemerlang PMR 2009 telah menyertai Program Menggapai Bintang 2011 di Kota Kinabalu. Pelbagai aktiviti telah diadakan dan penginapan telah disediakan oleh SMA Sabah. Program ini telah mendapat kerjasama dan sokongan dari Universiti Malaysia Sabah melalui UMS Link. SBPI Rawang yang merupakan Sekolah Angkat UMS telah mendapat layanan terbaik dalam meraikan pelajar-pelajar ini.

Monday, July 26, 2010

Rombongan Pemantau Jemaah Nazir, KPM

SEPINTAR pada hari ini menerima kunjungan 3 orang Jemaah Nazir khusus untuk membuat pemantauan perjalanan sekolah dan akan berada disini selama 2 hari. Majlis sambutan telah diadakan di bilik mesyuarat dan telah disajikan dengan Persembahan Hafazan serta Syarahan oleh pelajar SEPINTAR.

We Would Like To Hear From You

Recent Posts

Tentang Sepintar

'Sepintar' adalah singkatan (akronim) bagi SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG. Ditubuhkan pada bulan Jun 2002. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh yang diurustadbir secara langsung oleh Bahagian Sekolah Berasrama Penuh/Kluster, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama dan Sains Teknikal. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP