Seminar Integriti Warga Pendidik daerah Gombak
29 Jun 2013, SEPINTAR telah diberi kepercayaan menjadi tuan rumah untuk seminar yang melibatkan guru-guru dari sekolah menengah dan rendah sekitar daerah Gombak. Ceramah telah disampaikan oleh Tn Ismail bin Sulaiman, Mantan Timbalan Pengarah JPN Selangor.
Pemantauan Pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi
25 Jun 2013, SEPINTAR telah menerima kunjungan pegawai-pegawai Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk pengiktirafan sekolah sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi. Pelbagai aspek telah disentuh dan diketuai oleh En Zulkifli Yahya.
Kejohanan Olahraga SEPINTAR di Stadium Kuala Selangor
22 Jun 2013, Bertempat di Stadium Kuala Selangor, Kejohanan Olahraga tahunan telah berjaya diadakan dengan jayanya. Walaupun keadaan sedikit berjerebu, semua peserta telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dalam acara-acara yang disertai. Kehadiran ibubapa juga turut memriahkan suasana kejohanan. Upacara penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pn Hjh Hazizah Kassim, Naib Yang Dipertua PIBG SEPINTAR.
Program Pengantarabangsaan Percambahan Minda Bidang Pengajian Islam ke Brunei Darussalam
10 - 12 Jun 2013, Bidang Pengajian Islam SEPINTAR telah mengadakan program pengantarabangsaan bertempat di Brunei Darussalam. Berikut tentatif program yang telah dijalankan:
PROGRAM
JALINAN KE JABATAN
KENAZIRAN SEKOLAH – SEKOLAH NEGARA
BRUNEI DARUSSALAM
Tarikh : 10 Jun
2013 ( Isnin )
Masa :
10.30 -
1.00 petang
Tempat
: Jabatan Kenaziran Sekolah – sekolah Negara Brunei Darussalam
PROGRAM
PENANDA ARAS KE
INSTITUT TAHFIZ QURAN SULTAN
HAJI HASANUL BOLKIAH
BRUNEI DARUSSALAM
Tarikh : 11 Jun
2013 ( Selasa )
Masa : 9.30
- 1.00 petang
Tempat
: Institut
Tahfiz Quran Sultan
Haji Hasanul Bolkiah
Brunei Darussalam
PROGRAM
PENANDA ARAS KE SEKOLAH
MENENGAH SAYYIDINA ABU
BAKAR BRUNEI DARUSSALAM
Tarikh :
12
Jun 2013 ( Rabu )
Masa : 8.30
- 1.00 petang
Tempat
: Sekolah Menengah
Sayyidina Abu Bakar
Brunei Darussalam
Peserta : 5 orang guru
SBPI Rawang terdiri
daripada :
1.Tn.
Haji Kamilen bin
Marzoki ( Penolong Kanan
SBPI Rawang )
2. Pn.
Hajah Sharipah Mariah
bt Syed Hussin
( GKMP Pengajian Islam )
3. Pn.
Hajah Khadijah bt
Ahmad Mazlan ( Ketua
Panitia Pendidikan Islam )
4. Pn.
Hajah Siti Aida
bt Ibrahim ( Ketua
Panitia Pend. Al- Quran &
As- Sunnah )
5. Cik Norul
Haida bt Mohamed
Tamizi ( Guru Pendidikan
Islam )
Majlis Ihtifal Sekolah-sekolah KPM Peringkat Negeri Selangor
15 Jun 2013, SEPINTAR telah diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah Majlis Ihtifal Peringkat Negeri Selangor dan majlis ini telah berjalan dengan jayanya. Pengarah Jabatan Pelajaran Selangor, Tn Hj Mahmud bin Karim hadir bagi menyampaikan hadiah dan sijil kepada pemenang-pemenang serta menyempurnakan majlis penutup. Tahniah dan syabas kepada semua pemenang dan peserta yang akan mewakili negeri Selangor ke peringkat kebangsaan.
Sukan Tara SEPINTAR
12 Jun 2013, Semua pelajar-pelajar SEPINTAR telah mengambil bahagian di dalam acara tahunan iaitu sukan tara bertempat di padang SEPINTARbagi mengumpul mata sistem rumah untuk rumah masing-masing. Dua acara dipertandingkan iaitu lontar peluru dan larian 100 meter. Semoga dengan penganjuran ini, semangat kesukanan dalam diri pelajar dapat dikembangkan secara sihat.
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Anda boleh buat semakan secara dalam talian di pautan berikut: https://lookerstudio.google.com/reporting/41a63535-dcad-4f41-9230-4d5f920716...
-
SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG Bandar Tasik Puteri, 48020 Rawang, Selangor. Tel: 603-60928192 Faks: 603-60917309 E-Mail: bra...




