Memaparkan catatan dengan label Pusat Sumber. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pusat Sumber. Papar semua catatan

Penyelenggaraan PC Pusat Akses SBPI Rawang




18 Mei 2021, Alhamdulillah komputer di pusat akses pss sepintar telah selesai diselenggara.
Terima kasih jpn selangor dan PPD Gombak atas usaha mulia ini.
Insya-Allah anak-anak sepintar ada akses yang cukup kepada maklumat dalam talian.
Pusat akses kendiri terbuka sumbangan ibu bapa juga bakal menyusul, 10 buah komputer telah dibeli, dan akan dipasang di Anjung Bestari aras pejabat, insya-Allah.

Pelancaran Program HIP, VEP dan Pembugaran NILAM 2021

 Jawatankuasa HIP, VEP & Pusat Sumber Sepintar dengan berbesar hati menjemput warga Sepintar untuk sama-sama menonton video Pelancaran Program HIP, VEP dan Pembugaran Nilam 2021 secara atas talian :

Tarikh : 19/03/2021
Hari : Jumaat
Masa. : 3.00 ptg
Platform : Channel Youtube Pusat Sumber Sepintar (ps.sepintar)

Kem NILAM Peringkat Zon Rawang


Mohd Syafi Fauzan berjaya mendapat tempat pertama kem nilam peringkat zon Rawang 2019.
Muhammad Syafi Fauzan berjaya mendapat tempat pertama bagi kategori Bahasa Melayu dan seterusnya menjadi wakil dalam peringkat daerah.

Kursus Pemulangan dan Peminjaman Buku kepada PPS Baru 2019

 25 Jun 2019, Gambar-gambar sekitar kursus yang telah dilaksanakan di Pusat Sumber SBPI Rawang.

Pelancaran VEP, HIP dan NILAM

 8 Mac 2019, Sekitar majlis pelancaran VEP, HIP dan NILAM. Majlis telah disempurnakan oleh Tn Hj Addenan Osman, Pengetua SBPI Rawang

Penyampaian Hadiah NILAM

 23 November 2018, Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Program NILAM telah disempurnakan oleh Tn Hj Addenan Osman, Pengetua SBPI Rawang. Ini merupakan perhimpunan terakhir sebelum murid balik untuk bercuti hujung tahun. Tahniah dan syabas kepada semua pemenang.

Kem NILAM Zon Rawang


14 Mei 2018, Anith Syahirah dari kelas 4JF telah berjaya memenangi tempat pertama mengalahkan 22 sekolah Zon Rawang dalam kategori Bahasa Melayu.Tahniah dan syabas.

Aktiviti 10 Minit Membaca


 Pusat Sumber telah menjayakan aktiviti 10 min membaca anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor pada 24.4.2018.Acara tahunan ini bermula pada pukul 11.00 pagi dan berakhir pada 11.10 minit. Acara melibatkan guru,pelajar,dan juga staf sekolah.

Majlis Pelancaran NILAM Peringkat Sekolah

  2 Februari 2018, SBPI Rawang telah mengadakan Majlis Pelancaran NILAM bertempat di Dewan Al-Aqsa. Ucapan telah disampaikan oleh Tn Hj Kamilen Marzoki, PK SBPI Rawang manakala majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Tn Hj Addenan Osman, Pengetua Cemerlang, SBPI Rawang.


Pelancaran NILAM dan Minggu Pusat Sumber

1 Februari 2016, Pusat Sumber SEPINTAR telah mengadakan Majlis Pelancaran NILAM dan Minggu Pusat Sumber di Dewan Al-Aqsa, SEPINTAR. Majlis telah dirasmikan oleh Tn Hj Kamilen bin Marzoki, Penolong Kanan SEPINTAR.

SUMBER PENJANA MUSLIM BESTARI