Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2018

Majlis Anugerah Kecemerlangan kali ke-17

Imej
 27 April 2018, Majlis Anugerah Kecemerlangan kali ke-17 telah diadakan di Dewan Al-Aqsa,, SBPI Rawang bagi mengiktiraf pencapaian yang telah diperolehi oleh warga SEPINTAR. Majlis telah dirasmikan oleh En Shamsuddin b Mustapha, Timbalan Pengarah BPSBPSK.

Aktiviti 10 Minit Membaca

Imej
  Pusat Sumber telah menjayakan aktiviti 10 min membaca anjuran Perbadanan Perpustakaan A wam S elangor pada 24.4.2018.Acara tahunan ini bermula pada pukul 11.00 pagi dan berakhir pada 11.10 minit. Acara melibatkan guru,pelajar,dan juga staf sekolah.

Kejohanan Sukan SEPINTAR

Imej
 21 April 2018, Kejohanan Sukan kali ini telah diadakan di Stadium Kuala Selangor. Pelbagai acara telah dipertandingkan dan semua peserta telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan dalam keadaan yang harmoni. Penganjuran berjalan lancar dan mengikut masa yang telah dirancang. Dato Hajah Hazizah, YDP PIBG SBPI Rawang telah hadir bagi merasmikan serta menyampaikan hadiah utama. Tahniah dan syabas kepada semua.

UMT Choral Speaking Competition Zon Tengah

Imej
 17 April 2018, UMT Choral Speaking Competition Zon Tengah telah diadakan di KUSESS. Pasukan SBPI Rawang telah berjaya mendapat silver award. Sebanyak 13 sekolah Zon Tengah bertanding untuk merebut tempat ke Terengganu bagi peringkat kebangsaan.